Elak orang tersayang berpecah-belah bila kita meninggal dengan uruskan harta kita sekarang

0
359

Bila kita meninggal dunia, apa yang akan terjadi kepada mereka yang kita tinggalkan? Terutama sekali bila kita ada isteri dan anak-anak yang bergantung pada kita. Pernah terfikir situasi ni?

Dalam kesibukan kita memperbaiki hidup dengan mengumpul duit dan harta, fikirkan sejenak segala yang kita usahakan sekarang, adakah ia akan dapat pada yang berhak ataupun tidak.

Pengurusan harta sepatutnya diambil serius oleh semua orang. Kita memang tak tahu apa yang bakal terjadi nanti namun kita boleh bersedia sebelum terlambat.

Jadi apa langkah yang kita perlu ambil untuk mula mengurus harta? Salah satunya adalah dengan belajar tentang apa itu pengurusan harta. Saya nak cadangkan satu buku yang bertajuk Dilema Pengurusan Harta oleh Tuan Hanaffi Idris ini.

3 sebab kenapa korang kena baca buku ini:

#1 : Mudah faham bagi yang totally zero dalam pengurusan harta

Perkongsian di dalam buku ini sangat sesuai bagi mereka yang langsung tak tahu apa-apa tentang pengurusan harta. Gaya bahasa yang santai memudahkan pembaca untuk faham isi kandungan buku ini.

 

#2 : Pengalaman sebenar penulis

Dalam buku ini diselitkan pengalaman sebenar penulis. Tuan Hanaffi Idris telah terlibat dengan kes-kes pengurusan harta sejak 5 tahun yang lalu. Jadi pengalaman beliau bukanlah dibuat-buat. Dengan pengalaman yang luas, segala khidmat nasihat adalah mengikut keperluan individu.

 

#3 : Isi yang menyeluruh

Buku ini merangkumi 5 perkara iaitu case study sebenar, info harta berdasarkan fatwa, soalan-soalan lazim (wasiat, faraid, hibah), proses tuntutan pusaka dan bagaimana kita boleh rancang pengurusan harta menggunakan zero cost method. Ilmu-ilmu yang diberikan boleh memberikan gambaran sedikit sebanyak kepada kita tentang macam mana nak uruskan harta sementara kita masih hidup. Bukan harta je kena urus. Hutang pun kena urus tau. Tak ada lah nanti orang tersayang kita terbeban.

 

Kita mungkin rasa tak penting lagi nak uruskan harta sekarang sebab kita masih muda dan kuat bekerja. Namun, harus ingat bahawa ajal boleh datang bila-bila masa tanpa mengenal usia. Uruskan harta yang kita ada untuk menjaga orang tersayang kita. Jangan biarkan mereka terhimpit dengan masalah bila kita tiada.

 

Berminat untuk dapatkan buku ini?

Harga asal : RM100 tak termasuk pos
Harga Pre-Order : RM60 (TERMASUK pos)

Buku akan diposkan selewat-lewatnya 31 Januari 2018.

Boleh whatsapp saya (Klik link di bawah)

Buku Dilema Pengurusan Harta

 

Siti Zulaikha Mohd

Editor HalalMoney.my

Comments

comments