Tuan rumah bukan kapitalis jika beliau lakukan 10 perkara utama ini

0
71

 

Nak labelkan seseorang itu ‘kapitalis’ bukanlah semudah itu. Tambah-tambah lagi bila berkaitan hartanah.

Setiap pihak ada tanggungjawab masing-masing. Baik dari pihak tuan rumah dan juga pihak penyewa.

Kami nak kongsikan maklumat yang kami dapat dari Tuan Salkukhairi Abd Sukor ini tentang bagaimana seorang tuan rumah tak boleh dicop sebagai kapitalis. Ada syarat-syaratnya.

Semoga ia membantu.

Apa itu kapitalis?

Menurut Wikipedia, Kapitalis atau Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan semata-mata.

Dalam kes memberi sewaan rumah, tuan rumah TIDAK BOLEH dianggap sebagai kapitalis jika beliau:

  1.  Sewakan rumah pada kadar sewaan semasa mengikut nilaian yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atau penilai berdaftar.
  2.  Meminta penyewa menandatangani perjanjian sewaan yang dipersetujui bersama sebelum sewaan berkuatkuasa.
  3. Meminta penyewa menyediakan deposit sekuriti dan deposit utiliti (api dan air) yang munasabah. Deposit sekuriti yang munasabah adalah 2 atau 3 bulan sewaan, manakala deposit utiliti yang munasabah adalah 1 atau 2 bulan deposit.
  4.  Memotong deposit sekuriti atau deposit utiliti sekiranya penyewa gagal menjelaskan sewaan sebagaimana yang dipersetujui bersama, atau sekiranya penyewa meninggalkan rumah dalam keadaan rosak atau terdapat tunggakan bil utiliti oleh penyewa.
  5.  Menamatkan perjanjian sewaan jika penyewa gagal menjelaskan sewaan 2 atau 3 bulan berturut -turut tanpa sebab yang munasabah (tertakluk kepada budi bicara tuan rumah) selepas diberikan tempoh masa yang munasabah.
  6. Meminta penyewa meninggalkan rumah sewa secara terhormat atau melalui tindakan undang-undang yang berkenaan sekiranya penyewa gagal mematuhi peruntukan dalam perjanjian.
  7. Meminta penyewa membaiki kerosakan rumah yang disebabkan oleh penggunaan harian penyewa seperti tandas atau sinki tersumbat, paip bocor dan sebagainya.
  8. Membayar cukai daripada keuntungan sewaan rumah kepada kerajaan dan mengeluarkan zakat/sedekah hasil daripada sewaan rumah tersebut kepada yang memerlukan.
  9. Follow up bayaran sewaan setiap bulan dengan penyewa melalui cara yang baik dan munasabah.
  10. Meminta izin daripada penyewa untuk membuat inspection atau melihat rumah, dengan syarat perlu memaklumkan kepada penyewa terlebih dahulu.

 

Kesimpulannya:

  • Ikut Islam, bukan beerti kena bagi free.
  • Ikut Islam, bukan beerti boleh buat sambil lewa atau buat cincai-cincai.
  • Ikut Islam bukan beerti tak boleh tuntut hutang.
  • Ikut Islam bukan beerti tak boleh bertegas.
  • Ikut Islam bukan beerti tak boleh jadi kaya.

 

Yang penting Islam ajar dalam sesuatu perkara yang kita lakukan mesti ada 2 SIFAT ini :

  • AL-ADLU (BERLAKU ADIL IE; MELETAKKAN HAK DITEMPATNYA)
  •  WAL EHSAN (BUAT YANG TERBAIK)

 

Wallahuaklam. Jangan kecam saya. Saya tak perlekeh siapa-siapa. Sekadar memberi pandangan dan nasihat andai ianya boleh dimanfaatkan.

Ikhlas daripada:

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguam Hartanah Anda

Comments

comments