Transaksi “Goreng” dalam hartanah?

0
1001

Salam semua. Saya terpanggil untuk berkongsi satu trend yang membimbangkan di pasaran hartanah di Malaysia, iaitu kewujudan transaksi “goreng”. Ada sesetengah investor group akan membuat transaksi “goreng” bertujuan menaikkan harga hartanah di kawasan jajahan mereka secara paksaan, memberikan ilusi yang hartanah tersebut bernilai lebih dari nilai yang sepatutnya. Hari ini, saya akan sharekan beberapa teknik goreng hartanah yang sedang dibuat oleh beberapa investor group atau jemaah ini :

1. Jual kepada friendly party : Contohnya, si A dan Si B beli hartanah di tempat yang sama dari pemaju. Bila sudah VP, mereka dapati harga jualan tidak best seperti yang mereka ramalkan sebab dah tersalah beli dan tersalah kira. Jadi mereka berpakat yang mana Si A menjual property beliau kepada B pada harga RM500k walaupun transaksi sebenar dibawah harga RM400k. Selepas beberapa bulan, transaksi goreng ini akan direkodkan pada harga RM500k.

2. Lepas tu, mereka canangkan kepada group mereka yg transaksi skrg bernilai RM500k. Check dgn pejabat tanah, dan mmg betul ada transaksi RM500k. Yang plg best, atas dasar kesiankan ahli ahli mereka yang baru nak melabur dan nak membantu ummah katanya, A& B nakjual murah murah pada harga RM450k sahaja. Punyalah mulia mereka ini siap bantu mereka mark-up utk membolehkan ahli ahli mereka beli tanpa modal. Tapi sebab ahli-ahli mereka ni taksub dan tiada ilmu buat homework, mereka tak sedar yang mereka boleh beli hartanah yang sama di pada harga RM360k-370k sahaja. A & B sekarang dapat jual extra RM80,000-RM90,000 dan mereka offload risiko hartanah yang negative cashflownya hampir RM1000 sebulan kepada follower mereka. Anda boleh tgk sendiri iklan sewaan utk Vista Alam dan kira sendiri lah berapa negative cashflow sebulan.

Macam mana nak tahu kalau suatu transaksi tu goreng atau benar? Senang sahaja. Macam yang saya ajarkan di Sarjana Hartanah, check iklan hartanah tersebut di semua 5 website utama yang orang iklankan hartanah untuk dijual. Kalau mereka cakap transaksi tu 500k tapi berlambak iklan yang minta pada harga RM400k sahaja ( dan belum nego lagi), besar kemungkinan ada pihak yang tengah goreng harga hartanah di kawasan itu. Kalau anda perhatikan gambar yang saya lampirkan, REN yg kata Vista Alam ada cashbuyer 500k, beliau sendiri ada iklankan hartanah di tempat yang sama pada 409k sahaja. Sewa tak yah cerita, negative cashflow beratus sebulan, kalau beli kat 400k, sebab sewa purata.

Melabur itu bukan susah sangat, tapi ilmu asas kena ada. Kalau takde ilmu, kita mungkin akan terbeli hartanah-hartanah “goreng” ini. Nasihat saya, tolonglah cari ilmu sebelum buat apa pun dan jgn taksub dgn satu pendapat saja.

p/s : Pada pendapat saya, tak kiralah setinggi mana ilmu kita, tak patut kita memaki PELABUR & REN lain sbg bodoh, cap ayam, menyalak semata-mata kerana mereka tidak setuju dengan pendapat kita. Ada sesetengah REN mungkin suka goreng pelabur budak-budak yang tiada ilmu, tapi bukan semua REN pun macam tu. Banyak REN yang saya jumpa jujur, dan pendapat mereka realistik. Mereka cuba sedaya upaya untuk buat deal win-win buyer dan seller. Kalau anda REN di Shah Alam, mohon kenalkan diri anda supaya rakan-rakan FB saya boleh berurusan dengan anda untuk hartanah mereka di Shah Alam.

Faizul Ridzuan – Pelabur cap ayam yang tiada kawasan jajahan.

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments