Tips kewangan yang berkesan

0
1224

Sebelum sibuk nak bayar hutang bank atau hutang orang , bayar diri sendiri dulu (buat simpanan) untuk tabung kecemasan , paling minima bersamaan dengan 1 bulan gaji , dah ada wang ini , barulah mula bayar hutang , kalau tertunggak bayar lebih sikit , lama-lama boleh kejar.

Kenapa tabung kecemasan (sakit pening , kereta rosak dan lain-lain) penting ? Supaya kita tak tambah hutang baru kalau ada kecemasan. Beli tudung , tukar handbag , modified kereta , bagi pinjam duit kat orang , balik kampung dan sebagainya bukan kecemasan) , jangan ngada-ngada nak guna wang tabung kecemasan.

Ada yang meninggal dan kenduri kendara kat kampung bukan kecemasan , kalau ada yang meninggal atau ada yang kahwin , mereka tetap dah meninggal atau kahwin biarpun korang tiada disitu. Jangan sebabkan hal macam itu , poket korang meninggal pulak nanti.

Begitu juga kalau mak ayah nak buat kenduri kat kampung, tong/tong dengan adik beradik , boleh pilih tarikh lain kalau semua tengah senak, jangan cuba jadi hero.Tolong jangan jadi lurus pembaris apabila membaca nukilan ini , Abam cuma bagi contoh jer , guna la akal untuk menentukan mana satu hal atau perkara kecemasan.

Teruskan menyimpan biarpun sudah ada tabung kecemasan , simpan / tabung kecemasan sehingga bersamaan dengan 6 bulan pendapatan barulah mulakan langkah untuk melabur pula selepas itu. Kaji semula kedudukan kewangan anda setiap 6 bulan. Ada paham ?

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleKesilapan kewangan
Next articleKomponen utama dalam membina harta ketika masih makan gaji
Zaidi Ismail
Merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan” sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi 1000 ahli diseluruh Malaysia.