Teknik rancang kewangan guna kompas kewangan. Anda patut cuba ini

0
231

 

Merancang kewangan dengan baik boleh buatkan kehidupan kita lebih teratur.

Perkara ni sangat penting supaya kita tak sesak di tengah-tengah bulan. Kalau tak, silap hari bulan, tengah bulan dah pening. Mestilah korang tak nak berdepan dengan situasi ni kan?

Kami ada baca perkongsian yang boleh membantu korang untuk rancang kewangan dengan baik. Pada pandangan kami, ia sangat efektif untuk di aplikasi.

Perkongsian ni kami dapat dari Cik Nur Aliah Mohd Nor . Jom baca sampai habis.


Lia yakin ramai usahawan yang hebat hebat pakar dalam bab kewangan. Bab nak belanja masih boleh kawal lagi , tapi bila masuk bab nak buat simpanan masih teramat lemah lagi. Malah ada usahawan yang tak pernah langsung nak simpan duit ni!

Bab simpanan ni yang Lia paling takutkan sangat. Ramai yang suka bagi alasan nak buat simpanan susah sebab selalu terguna duit untuk bayar itu bayar ini, sehingga tak dijadikan menyimpan itu sebagai satu hobi atau tidak meletakkan diri menjadi seorang yang suka menyimpan duit. Betul betul?

Jadi, jangan risau dah. Dengan membaca penulisan Lia ini, InshaaAllah Lia nak bantu semua usahawan di luar sana menjadi seorang yang suka saving, suka buat investment dan rasa macam nak berlumba-lumba menyimpan duit sambil tu boleh pergi shopping dengan relax. Tak perlu dah fikir sangat pasal duit untuk berbelanja. Jom!

Mulai dari bulan 12 2017, Lia nak anda semua terus apply ilmu “Kompas Kewangan” ini. Apa maksud kompas kewangan? Maksudnya ialah anda akan menguruskan duit pendapatan dengan bahagikan kepada 4 perkara ini iaitu Untung (30%), Terpaksa (60%), Bocor (5%) dan Sampah (5%). Lia bagi contoh terus ya, katakanlah gaji kita setiap bulan lepas dah tolak KWSP, SOCSO dan Zakat ialah RM2,500. Macam mana nak bahagikan RM2,500 ini dalam bentuk Kompas Kewangan? Teruskan baca di bawah ini untuk lebih faham ya.

Sumber : Nur Aliah Mohd Nor
Sumber : Nur Aliah Mohd Nor

#Untung (30%) = RM750

30% ini adalah SIMPANAN yang kita akan ketepikan dari gaji yang kita dapat setiap bulan itu. Simpanan ini termasuklah dengan simpanan pendek, simpanan panjang, simpanan emergency, simpanan pelajaran, simpanan pencen, simpanan pelancongan, simpanan wakaf, simpanan sedekah dan juga lain-lain.

Mengikut contoh di atas, bahagian untung anda perlu asingkan iaitu RM750 khusus untuk menyimpan saja ya. Kat mana tempat yang terbaik untuk anda menyimpan? Mesti la nak menyimpan di tempat yang selamat dan boleh biakkan lagi duit tu kalau dibiarkan saja dalam tu. Kan.

Ini suggestion Lia,
– Tabung Haji
– Saham
– Unit Trust
– Takaful (Islamic Insurance)
– EPF
– ASB (boleh belajar dengan mentor Khairul Ezuwan)
– Hartanah (boleh belajar dengan mentor Tn Ahyat)
– Emas (boleh belajar dengan Aliah /LiaOmey)

#Terpaksa (60%) = RM1,500

Maksud terpaksa ni ialah semua jenis belanja komitmen sara diri dan keluarga termasuklah semua jenis loan. Contohnya loan rumah, loan kereta, loan ASB (ASB Financing), personal loan dan PTPTN. Contoh untuk sara diri dan keluarga pula ialah minyak kereta, bil telefon , bil api air dan apa apa sahaja keperluan keluarga. Jadi, dari gaji contoh di atas tadi, 60% akan dapat RM1,500.

Lia faham setengah orang loan itu amat penting untuk kegunaan sesuatu perkara atau sesuatu tujuan. Lain orang lain kegunaannya. Namun, kalau rasa rasa macam susah atau tak cukupkan, kena pandai-pandai kawal di bahagian loan itu.

Nasihat Lia kepada anak muda yang tak pernah ambil loan lagi tu kan, atau yang baru je officially jadi ‘fresh graduate’ gituh, tolong! Tolong jangan sesekali ambil satu loan pon. Once anda dah ambil, anda akan sentiasa dihantui untuk membayar hutang piutang tersebut sepanjang hidup anda. Fuh! Jangan main-main dengan bab ini ya, Lia serious.

#Bocor (5%) = RM125

Bocor ni maksudnya bukan keperluan sangat, kita boleh kawal lagi di bahagian bocor ni. Contoh bocor yang kita perlu elakkan dari membayarnya ialah membayar astro (bayar setiap bulan, tv biar je terbuka, tapi mata dan tangan kita tertumpu di gadget).

Selain itu kredit kad, kita suka sangat nak swipe kredit kad, sikit sikit “swipe” kan, bukan tak boleh, boleh je, kalau pandai kawal boleh jadi cantik di mata bank, boleh cantikkan profile kewangan kita, namun pada pendapat Lia sendiri sangat tidak digalakkan untuk mengambil kredit kad ni. Tanya balik pada diri sendiri tu, “aku ni boleh kawal diri ke tak boleh?”.

Kita tengok contoh dari gaji kita dapat tu, RM2,500 kalau di bahagian bocor cuma boleh guna RM125 je. JANGAN lebih dari RM125. Kalau lebih, habis akan kacau di bahagian kompas kewangan yang lain pulak. Jadi, bolehkan potong apa apa perkara yang tak penting contohnya potong unifi, potong astro dan apa apa saja yang tak penting lagi.

#Sampah (5%) = RM125

Tengok nama pon agak agak boleh tahu tak sampah ini apa kategori dalamnya? Untuk sampah 5% juga boleh belanja untuk setiap bulan. Jadi RM125 saja yang anda boleh belanja di bahagian sampah ini.

Contohnya beli makanan fast food seperti McDonald, KFC, Tea Live, Starbucks, beli rokok atau vape, beli makanan di mamak dan tengok wayang. Dekat sini Lia tak cakap tak boleh ya, BOLEH cuma berpada-pada bila berbelanja tu. RM125 mesti cukup punya nak layan movie dekat TGV GSC yang tak sampai 5 minit je dah sampai dari rumah. Kan.

Jadi macam mana, faham ke faham ni Lia terangkan di atas? Bagi Lia, ini adalah method yang paling simple untuk anda apply terus selepas ini. Kepada anda yang mungkin tertanya-tanya, kenapa pentingnya kompas kewangan ini?

Pentingnya kerana kita ingin wujudkan 5 tiang impian kewangan kita. Siapa taknak kan wujudkan impian kewangan? Betul ke betul? 5 tiang kewangan ni ialah kita cipta pendapatan kita (melalui business atau makan gaji), kita uruskan pendapatan kita dengan baik menggunakan kompas kewangan, kita lindungi harta kita dengan baik, kita dapat laburkan harta kita untuk masa depan, dan kita juga dapat agihkan harta kita dalam keadaan yang baik setelah kita meninggal dunia. Bila kita dapat lakukan 5 proses ini dengan baik, InshaaAllah hidup kita senang, mati pon senang. Hehe!

Lia harap dengan perkongsian “Kompas Kewangan” ini dapat membantu anda untuk menguruskan duit dengan baik. Alhamdulillah ilmu ini Lia dapat di seminar Power Kewangan dan Pengurusan Syarikat.

Terima kasih kepada anda semua yang sudi baca sehingga habis. Apa apa pon, paling penting sekali jangan lupa untuk sentiasa bersedekah dan berzakat. Berbalik kepada niat utama kita semula nak banyak duit sebab kita nak banyakkan bersedekah dan berzakat. Kan.

Tolong sampai-sampaikan ilmu ini pada keluarga dan rakan rakan bisnes anda yang lain ya. #SHARE je post Lia ini dengan bahagia. Lia doakan semoga anda semua terus dilimpahkan rezeki yang sangat banyak. InshaaAllah. Amiin Ya Mujib. 

#ChettakiOmey
#Dexandra

 

Comments

comments