Tahu tak anda boleh keluarkan KWSP (EPF) untuk 4 tujuan perumahan ini?

0
1952

Pernah semak penyata tahunan KWSP korang tak? Dah berapa banyak yang terkumpul? Jika dah banyak, tahniah. Jika masih belum banyak, tak apa.

Tahu tak dengan wang kwsp ni korang boleh bawa keluar untuk sesetengah perkara? Contohnya untuk tujuan perumahan.

Kami ada baca perkongsian dari Tuan Firdaus Pay tentang tujuan apa duit kwsp ni boleh bawa keluar. Ilmu yang bagus untuk semua. Jom hadamkan.

#1 Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

a) PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah.

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

b) PENGELUARAN MEMBINA RUMAH

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.

Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

 

#2 Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

a) Individu

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu ATAU

b) Bersama

Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

Kelayakan Memohon
  • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara
  • Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  • Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

#3 Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

 

Mempunyai baki pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut:
• Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

• Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan

• Majikan ahli

• Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)

• Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia

• Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP

Simpanan yang dikeluarkan adalah untuk membayar pinjaman ansuran bulanan sebenar yang telah bermula.

 

#4 Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Konsep atau kemudahan Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah bertujuan untuk memanfaatkan nilai simpanan/caruman KWSP sedia ada dan masa hadapan dalam pertimbangan pemberian pinjaman oleh pihak Institusi Kewangan.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan). Oleh yang demikian, ahli boleh membeli / membina rumah yang lebih tinggi harganya kerana ini boleh melayakkan mereka mendapat pinjaman yang lebih tinggi untuk membiayai pembelian / pembinaan rumah.

Okey, semoga sedikit perkongsian ini dapat manfaat kat korang. Nampak tak, banyak sebenarnya jenis pengeluaran kwsp yang ada.

Sekian, terima kasih.

Salam Ukhwah,
Firdaus Pay – FP –
Kewangan & Hartanah FP

 

Comments

comments