7 jenis tabung bagi anda yang bekerja sendiri mengikut tertib kewangan

0
598

Bila bekerja sendiri dan tak ada gaji tetap, lagilah kena aware tentang kewangan. Setuju?

Banyak tips-tips kewangan yang orang berikan. Tinggal korang nak sedut ilmu dan apply yang mana sesuai je.

Tak kira lah korang baru nak bermula sekalipun, pastikan korang buat 7 jenis tabung ni untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.

Apa 7 jenis tabung mengikut tertib kewangan tu? Nak tahu lebih lanjut?

Hadamkan perkongsian Cikpuan Syafieqah A’lya ini.

Ramai di kalangan anak muda atau yang tak muda sekali pun, kurang ambil tahu tentang profil kewangan mereka yang tidak tersusun.

Jadi tips ini sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri:

Sumber : Syafieqah A'lya
Sumber : Syafieqah A’lya

1. Pastinya bila kita berniaga, kita perlu register perniagaan kita iaitu ssm registration. Mudah pihak bank nak clarify perniagaan kita kan kalau kita nak apply loan. 

Sangat disarankan guna akaun semasa bank. Jika tidak ada, pergi lah buka. Bank makin lama makin strict syarat untuk kita apply loan iaitu kena ada akaun semasa.

Tertib kewangan ni sangatlah penting untuk kita rancang kewangan dan masa depan kita. Kita tidak sentiasa sihat dan kuat bekerja, satu masa bila kita ditimpa musibah, kita ada back up plan untuk bantu kita.

#2 : Tabung Simpanan

Tabung simpanan kecemasan mesti ada. Bukan hanya fikir rolling duit bisnes sahaja, pastinya ada portion sikit untuk simpanan kita. Boleh simpan di TH, ASB, Bank, atau emas. Sekurangnya ada 6-12 bulan income kita sebagai simpanan kecemasan. 

 

#3 : Tabung Persaraan

Tabung perasaraan jangan dilupakan. Kita bukan kerja makan gaji yang ada potongan epf tiap bulan, salah satu cara kita boleh contribute masuk dalam epf dengan caruman sendiri setiap bulan ikut berapa banyak kita nak masuk. Guna transfer online pun boleh melalui maybank atau cimb bank. Lepas 1 hari pihak epf akan update dalam statement epf.

Cara kedua boleh masuk dalam akaun PRS @ private retirement scheme. Min RM100 sebulan atau min RM1000 one time lump sum. Untuk dapatkan tax relief kita kena masuk sekurangnya RM250 sebulan @ RM3,000 setahun. Bagi yang berumur bawah 30 tahun, gov bagi free RM1,000.

Kita boleh pecah kan pada dua iaitu kwsp dan prs. Kita diversify kan.

 

Sumber : Syafieqah A'lya
Sumber : Syafieqah A’lya

#4 : Tabung Perlindungan

Tabung perlindungan ni sangatlah penting untuk kita, kalau kita nak masuk hospital swasta. Bilik pun selesa untuk kita recover dari sakit kita.

Medical card kita kena ambil tahu, berapa coverage tahunan kita, lifetime limit medical kita, berapa saving kita, berapa coverage life kita, takda co takaful dan contribute untuk takaful ni dalam 5-10% dari income kita.

Life takaful pula cover kematian atau cacat kekal, jika meninggal waris kita akan dapat pampasan. Siap-siap letak hibah pada siapa kita nak beri. Mudahkan kerja waris kita kemudian hari.

Jangan takutkan keluarga buat apa dengan duit kita, kita mungkin tak mampu nak beli rumah/ tanah untuk keluarga kita tapi bila kita sediakan sejumlah wang pampasan yang boleh beli rumah by cash, kenapa tidak kita tak nak membantu kan.

Harta kita tanggungjawab kita, jangan abaikan k. Kita mudahkan urusan keluarga kita malah dapat manfaatkannya ke jalan Allah, untuk buat upah haji kita, waqaf dan sedekah kepada mereka yang memerlukan secara tak langsung pahala kita terus mengalir. In shaa Allah. 

 


#5 : Tabung Rumah 

Tabung rumah impian kita, kita kumpul dalam masa 3-5 tahun. Kalau kita sanggup beli kereta yang mahal sekarang kenapa tidak kita tahan sekejap niat tu dengan mengumpul duit, kita boleh dapat rumah dan kereta terus. Mohon asbf 200k, bulanan RM1080, selepas 3 tahun hasilnya mencecah hampir RM55k. Rasa-rasa boleh tak kita beli 2 buah rumah terus ? Pasti boleh kan.

#6 : Tabung Pelaburan

Tabung pelaburan ni ramai yang suka jump ke sini tanpa buat step 3-5 di atas. Bila sampai level ni, kita diversify pelaburan kita ke asbf, unit amanah (boleh melabur guna epf akaun1 yang kita simpan tiap-tiap bulan dalam kwsp tu), hartanah, saham dan etc. Mulakan langkah pelaburan yang berisiko rendah before kita jump ke pelaburan yang berisiko tinggi ok. Jangan fokus pada satu pelaburan saja.

 

Sumber : Syafieqah A'lya
Sumber : Syafieqah A’lya

 

#7 : Tabung Keberkatan

Tabung keberkatan kita pastinya bayar zakat, menjadi tanggungjawab kita kan. Rezeki kita dapat bukan semuanya untuk kita, ada juga rezeki orang lain. Kita sebagai pengantara. Kedua selalu memberi derma, banyak kita beri, banyak juga kita akan dapat. Tidak lupa pemberian duit poket untuk mak ayah. Jangan anggap itu sebagai beban, kita kurangkan beban orang tua kita, nescaya lebih murah rezeki kita in shaa Allah. 

 

#8 : Tabung Wasiat / Hibah

Last sekali, kita buat hibah dan wasiat. Kita pun tahu berapa banyak harta yang tidak dituntut di luar sana. Masing-masing tak nak ambil tahu bila kita kongsi ilmu, ajal kita tak tahu bila. Kita bersiap sedia dari awal dan mudahkan urusan keluarga kita untuk menuntut nanti.


Usia saya sekarang baru 26 tahun, alhamdulillah saya berjaya penuhi semua yang saya senaraikan. Kalau saya boleh, korang juga pasti boleh!

Moga bermanfaat.

Bakal mentua suka bila kita pandai kawal kewangan. Tak banyak harta tak apa, yang penting kita berusaha. 

Tak dapat buat semua tabung sekalipun, tak mengapa. Mula satu satu.

Yang penting, korang kena mulakan. Baru nampak hasilnya. Berkorban sekejap untuk masa depan, tak salah kan?

Rasa perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE kepada orang tersayang supaya mereka pun dapat manfaat macam korang.

Comments

comments