SWOT analisis sebelum anda ingin membeli hartanah pertama

0
1876

 

“Saya nak beli rumah dekat Seremban. Harga RM120K. Berbaloi tak tuan? Nak buat investment”

“Saya nak beli rumah di Kajang. Nak buat investment. Okay tak?”

 

Banyak juga saya dapat pertanyaan macam tu. Kalau nak beli rumah untuk pelaburan korang la yang kena tahu kekuatan rumah yang nak dibeli tu.

Korang lah kena buat analisa sendiri. Kena buat sedikit “research” la. Jangan bergantung pada orang lain je. Mungkin dia tak mahir dengan hartanah di kawasan yang korang nak beli tu. Masa viewing hartanah tu terus tanya ejen hartanah tu.

Jika korang selidik sedikit sebanyak tak la korang akan rasa rugi lepas beli hartanah tu nanti. Kalau malas, korang la yang akan menyesal nanti. Jangan main beli je. Beli hartanah ni bukan serupa beli bokser korang tu. Kena rancang betul-betul, bijak memilih dan membuat keputusan dengan tepat.

Kalau boleh, buat SWOT analisis secara kasar untuk tahu hartanah tersebut wajar dibeli ataupun tidak.

Jika banyak bahagian Strengths dan Opportunities tu elok bayar terus booking fees. Jangan fikir lama-lama.

Sumber gambar: Amir Syahir

Apa itu SWOT?


#1: Strengths

Kelebihan dan kekuatan hartanah tersebut untuk pelaburan hartanah korang. Macam mana nak tahu apa kelebihan sesuatu hartanah tu? Korang boleh pergi site visit dan tengok kawasan sekeliling rumah yang korang berhajat nak beli tu. Dari site visit dah boleh tengok potensi kawasan tu. Dekat dengan pengangkutan awam? Selamat tak kawasannya? Ada kemudahan asas terdekat tak?

 

Tapi macam mana pula kalau korang tak sempat pun nak pergi site visit? Korang boleh check online. Tengok ada demand tak kawasan yang korang berminat tu.

 

Senaraikan satu persatu potensi yang korang nampak di kawasan rumah yang nak dibeli tu.


#2: Weaknesses

Kekurangan dan kelemahan hartanah tersebut yang berkemungkinan akan kerugian jika membeli. Untuk kekurangan hartanah, korang kena betul-betul ambil tahu supaya tak tersalah beli hartanah. Apa kelemahan hartanah yang korang nampak? Tak ada lif? Jauh dari tempat pengangkutan awam? Ada banyak kena baiki? Senaraikan satu persatu. Ini sangat penting supaya korang tak rasa rugi.


#3: Opportunities

Faktor luaran hartanah tersebut yang akan menguntungkan korang. Peluang yang mampu menguntungkan.

Senaraikan apa yang korang nampak boleh menjadi peluang bagus kalau beli hartanah tu. Sebagai contoh berdekatan dengan kawasan universiti. Korang boleh target untuk sewakan kepada pelajar.


#4: Threats

Faktor luaran yang mungkin menjadi ancaman kerugian pelaburan hartanah ataupun ancaman kau tak mampu untuk memiliki hartanah tersebut. Apa yang akan membuatkan hartanah tu tak bagus? Sebagai contoh kawasan tu banyak kes jenayah. Takkanlah korang nak pilih tempat yang tak selamat pula kan. Jika ada threats di kawasan tu, elakkan dari membeli supaya tak timbul masalah di kemudian hari.

 

Threats vs Strengths

Bagi saya Threats lebih kepada ancaman, faktor menyebabkan boleh merosakkan kelebihan (Strengths).Threats ini mungkin di luar kemampuan kita untuk atasinya. Contohnya Strengths kawasan dah menarik, tetapi banyak pekerja warga asing. Macam kita tak ada kemampuan untuk halang.

 

Kalau Weaknesses kita boleh baiki. Macam pintu toilet rosak, tak boleh flush, sink sumbat.

 

Apa yang perlu diambil kira untuk aliran tunai positif?

 

Jika korang nak untung aliran tunai positif, faktor yang perlu diambil kira dalam membeli sesebuah hartanah adalah dengan mengira Rental Yield.

Rumus bagi pengiraan ini ialah :

Rental Yield = (Anggaran Sewa Sebulan X 12) / Nilai Pembelian Hartanah) × 100

Contoh: (800X12) / 120,000 X 100 = 8%

Rental yield seharusnya atas 7.5% adalah sangat berbaloi dan perlu disambar dengan segera.

 

Jika nak beli rumah, cuba cari yang tuan rumah nak jual hartanah di bawah nilai harga pasaran.

Moga manfaat.

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Amir Syahir

Sumber gambar

Comments

comments