Susah atau cari susah? Anda yang mana?

0
304

Terdapat dua kelompok manusia yang sengsara dengan peningkatan harga barang tahun ini:

  1. Golongan Susah

Pendapatan tidak mampu menampung kos sara hidup mereka.

Pendapatan isi rumah bawah RM3000 di bandar dianggap susah

  1. Golongan Cari Susah

Golongan ini melakukan segala hal tanpa merujuk kepada keperluan kewangan mereka. Siapa golongan ini:

  1. Membuat pengubahsuaian rumah dengan kos melebihi separuh harga rumah.
    2. Pembiayaan kenderaan melebihi 13% sumber pendapatan.
    3. Kekal makan sekeluarga diluar rumah lebih dari 4 kali seminggu.
    4. Masih memberikan wang raya tetapi hutang kad kredit masih berbunga.
    5. Buat kenduri sambut menantu atau isteri dengan 7 khemah kanopi.
    6. Ambil ansuran mudah TV dan ‘lemari’.
    7. Guna kad kredit untuk beli ‘sportrim’ terkini.
    8. Mengunakan kemudahan ‘loan’ hingga maksimum, selagi lulus kita ‘balon’.
    9. Refinence’ kediaman anda, duit lebih naik Air Asia keliling dunia.
    10. Membeli rumah pada usia 45, kos insuran luar biasa.
    11. Beranak dihospital swasta, jaga status dan gaya.
    12. Membeli simbol simbol kejayaan dan ‘updated’ di FB sepanjang masa.
    13. Masih beli produk berjenama, untuk pencuci lantai saja.
    14. Terus menyewa, lepas 10 tahun bekerja.
    15. Bawak MPV 2.5 kuasa kuda untuk ambik anak sekolah sahaja.
    16. Beli kenderaan ke-3 untuk jalan hujung minggu sahaja.
    17. Terus berlanggan TV berbayar tapi tengok tv seminggu sekali.
    18. Jadi ahli kelab GYM, tetapi sebulan sekali kesana.
    19. ‘Handbag’ anda lebih dari lima dan semuanya berjenama.
    20. Masih terus membayar hutang kereta pada usia senja.

Anak muda,

Hati hati dengan hutang anda, buat imbangan kembali. Anda benar benar susah atau anda yang cari susah.

“Semua yang kita perlukan hari ini apakah kerana ‘Gaya Hidup atau Sara Hidup’ ? ”

Astaghfirullah. Wallahu A’llam

‪#‎CariKediamanSewaBerhampiranTempatKerjaAtauNikahDenganBossAnda.

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments