Sudah bayar PTPTN setiap bulan pun, nama kena CCRIS lagi?

0
1819

 

*Bakal graduan / peminjam PTPTN wajib baca supaya tidak hadapi masalah yang sama*

 

“Saya dah bayar PTPTN setiap bulan pun nama kena CCRIS lagi”

Itu antara keluhan anak muda kepada saya. Tahun ni ramai anak muda berdukacita disebabkan pembiayaan perumahan,  hancur harapan, semua ada.

Bayangkan dah 2-3 tahun bergraduasi tapi langsung tak bayar balik PTPTN. Lebih teruk lagi dah 5-10 tahun dah kerja pun tak bayar lagi.

Lepas Saya soal siasat orang tu baru lah saya tahu punca laporan CCRIS dia rosak.

Meh saya cerita pasal CCRIS sikit. Semua pembiayaan dengan bank, komitmen, hutang akan masuk dalam sistem CCRIS. Tak kiralah korang bayar baik ataupun tak. Kalau baik cantik je jadi 0,0,0. Kalau culas, jadilah macam gambar tu, 32,33,34. Tiap nombor mewakili berapa bulan kau orang tangguh bayar.

CCRIS ni akan kira korang dah bayar jika kau orang BAYAR DENGAN JUMLAH YANG CUKUP. Jelas?

Contohnya dekat surat perjanjian ada mengatakan korang perlu bayar berapa. Katakan RM180 sebulan. Tapi kau orang hanya bayar RM100 je.

Korang ingat bayar sikit asalkan bayar okay lah kan. Bayar jugak kan. Daripada tak bayar langsung. Ada tu bayar RM50 je. Untuk lepas bayaran caj perkhidmatan.

Wajib bayar: RM180
Tiap bulan bayar: RM100
Kurang/shortfall: RM80

Dan sistem CCRIS akan anggap korang tak bayar dan dekat laporan CCRIS akan muncul ‘1’. Bulan berikutnya pun bayar kurang maka muncul pula ‘2’ dan seterusnya sampai besar nombor nya.

Kalau lambat bayar pun boleh naik juga nombor tu. Bayar sikit pun naik. Sama juga jika korang ada pembiayaan kereta ke, peribadi ke kad kredit ke jangan bayar kurang daripada jumlah ditetapkan pada masa yang ditetapkan. Ada faham?

Kalau tak sempat bayar ke, pokai ke masa bulan tu, pada bulan berikutnya terus cover okay? Simple kan. Korang dah pinjam duit bank, bayar la.

 

UNTUK DAPATKAN LAPORAN CCRIS SECARA ATAS TALIAN DAN FREE OF CHARGE BOLEH BACA LINK INI:

http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html

 

Betul orang cakap, manusia bila dapat duit, dah bagi peluang mesti lupa jasa. Maka, dah pinjam kena ada rasa tanggungjawab untuk bayar balik. Korang pinjam duit kawan pun jangan abaikan buat-buat hilang ingatan pulak. Bayar okay?

Laporan CCRIS ni umpama cermin karektor kita. Daripada laporan CCRIS bank boleh tahu karektor korang.

Daripada karektor pembayaran balik kita terhadap pinjamanlah yang menentukan pinjaman seterusnya diluluskan atau tidak.

Jika korang sentiasa menjaga bayaran pada bank, Bank jugak tidak ragu-ragu untuk meluluskan permohonan sebarang pembiayaan korang.

Karektor yang DISIPLIN & KONSISTEN membayar balik sebarang komitmen dengan jumlah yang cukup pada masa yang ditetapkan. Kedua-duanya mestilah bergerak seiring.

Tak payah nak mimpi lah nak beli rumah subsale ke, nak beli hartanah undercon ke kalau laporan CCRIS tak reti nak jaga, nak bayar balik punyalah susah. Bulan ni bayar kurang, bulan depan lambat bayar.

Ramai tak puas hati dengan PTPTN sebab servis lembap. Dah bayar pun kes tak setel lagi. Korang fikir balik la, korang tak dapat ijazah ataupun diploma tanpa bantuan PTPTN ni.

Jadi kalau korang taknak anak kau orang hadapi masalah sama, pergi lah belajar ilmu pengurusan kewangan, hartanah, pelaburan. Biar mereka tak perlu pembiayaan pendidikan. Dah umur 18 tahun dah ada tabung pendidikan sendiri.

Boleh rujuk artikel ini untuk membina pelan pendidikan anak RM149K++ sebelum umur 18 tahun:

Baca disini

Pergi check CCRIS dengan BNM. Kalau CCRIS rosak sebab PTPTN, pergi la tanya pegawai PTPTN. Pembiayaan perumahan tak lepas sebab PTPTN barulah menggelupur nak bayar balik.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments