Strategi mudah lulus pembiayaan perumahan yang anda harus tahu

0
1584
Sumber : pixabay.com
Sumber : pixabay.com

 

Nota ringkas untuk pihak bank mudah meluluskan pembiayaan perumahan korang. Antaranya:

#1: Cipta Rekod CCRIS

Tak ada laporan CCRIS tidak bererti pihak bank terus reject permohonan pembiayaan perumahan korang. Mungkin akan dikenakan kadar keuntungan bank agak tinggi daripada orang lain. Daripada laporan CCRIS, pihak bank akan tahu karektor pembayaran balik korang. Adakah seorang culas ataupun bagus.

#2: Jadilah Pembayar Yang Baik

Pergi cek laporan CCRIS. Pastikan semua bersih segala nombor lain selain 0,0,0,0,0,0,0 tu. Dah berhutang tu bayarlah dengan jumlah yang tepat pada masa yang ditetapkan.

#3: Jangan Mempunyai Sejarah Hitam

Mempunyai sejarah hitam seperti rumah pernah dilelong, kereta pernah ditarik, ataupun di bawah pemantauan AKPK mungkin akan menyukarkan pihak bank nak luluskan pembiayaan perumahan korang. Jadi rancanglah kewangan dengan sebaiknya. Buat bajet dulu. Kalau tak mampu bayar, janganlah beli kereta mewah ye.

#4: Jangan Mencapai Kredit Limit Kad Kredit

Janganlah jadi hamba kad kredit. Anggaplah ia sebagai wang kertas. Untuk mohon pembiayaan perumahan janganlah sampai mencapai 70% kredit limit. Bayar semua dulu.

#5: Hati-Hati Apabila Jadi Penjamin

Janganlah jadi penjamin sepupu, kawan-kawan, pakwe makwe kalau korang tak berapa yakin dengan kemampuan kewangan dia. Dia nak berhutang untuk kahwin pun, kau janganlah baik sangat nak jadi penjamin dia. Kalau dia tak bayar, kau akan kena.

#6: Simpanan

Untuk membeli rumah pertama amatlah digalakkan untuk ada simpanan yang secukupnya. Kalau ansuran pembiayaan perumahan kau nanti RM550 setiap bulan. Elok ada 6 bulan simpanan untuk buat back up di masa hadapan. Dalam RM3300. Lagi banyak lagi bagus. Simpanlah dalam Tabung Haji ataupun ASB. Kepilkan masa mohon pembiayaan perumahan nanti.

#7: Baki Bulanan Dalam Akaun Bank

Sekarang bank besar lagi susah nak luluskan pembiayaan perumahan individu yang bergaji bawah RM3000. Ada bank melaksanakan NDI (Net Disposable Income). Apa itu NDI? Nak senang faham ialah baki bersih selepas tolak semua komitmen / hutang. Jika korang tinggal di bandar, NDI kena atas RM1300. Jika di luar bandar baki kena ada RM500. Apa gunanya NDI ni? Untuk kos sara hidup kau lah. Kau kan suka makan kat kedai hipster je. Kos bayar petrol kereta import mewah korang tu. Kakakaka.

Jangan takut. Pergilah shopping dekat bank tu. Bawa payslip tanya mereka berapa kemampuan pembiayaan perumahan kau orang boleh dapat.

Bahan bacaan lain:

i. Apa Itu CCRIS
https://m.facebook.com/story.php…

ii. Semak Laporan CCRIS Percuma Secara Atas Talian
https://m.facebook.com/story.php…

iii. Kenali Individu Berisiko Di Mata Bank
https://m.facebook.com/story.php…

***

Jadi banyakkan membaca benda faedah dan berilmiah. Berkawan, follow orang yang banyak membantu kau orang. Banyak memberi input positif. Tak dapat semua dapat sedikit pun jadilah. Ini duk baca fakta pakai jam tangan kanan, fakta anak bongsu, fakta awek Johor je apa guna. Kah!

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Amir Syahir

 

Comments

comments