Simpanan wang yang efektif

0
1218

Bagi Abam (orang lain Abam tak ambil tahu) , cuma ada 2 sahaja simpanan yang efektif.

Pertama
Simpanan Kecemasan (biasanya dalam bentuk mudah cair seperti tunai) untuk kegunaan kecemasan , pergi bercuti , balik kampung , kawan nak pinjam duit dan sebagainya tidak dianggap kecemasan. Nilai simpanan minima bersamaan dengan 3 bulan pendapatan kasar. Nak simpan lebih boleh tapi tidak digalakkan. Simpan di tempat selamat dan mudah di akses.

Kedua 
Simpanan Modal (biasanya dalam bentuk harta kecil , mudah cair , selamat dan mudah akses). Seperti namanya ianya digunakan sebagai modal untuk membeli / memiliki harta yang bernilai tinggi. Nilai simpanan semaksima yang boleh dan disimpan tidak melebihi dari 18 bulan kerana :-

1. Susut nilai jika di simpan terlalu lama.
2. Kehilangan waktu jika disimpan terlalu lama.
3. Lebih pendek tempoh simpanan , semakin cepat harta dapat dikumpul , ini di namakan velocity (kelajuan) pengumpulan harta.

Bentuk simpanan bergantung kepada keselesaan individu , cuma pastikan bentuk dan lokasi simpanan mempunyai ciri-ciri berikut.

1. Ikuiti – pegangan / kawalan / Kuasa kepada individu tersebut.
2. Terdapat kenaikan nilai.
3. Menghasilkan aliran tunai (pendapatan).

Yakni ciri-ciri yang sama dengan harta. Abam tidak menyimpan wang tunai yang banyak untuk jangka masa panjang kerana sifatnya yang susut nilai berbanding harta.
Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleDua golongan perlu dielakkan
Next articleKesilapan kewangan
Zaidi Ismail
Merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan” sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi 1000 ahli diseluruh Malaysia.