Saham untuk newbies : Waktu perniagaan Bursa Malaysia dan pergerakan minima harga saham (Siri #5)

0
4260

Pada siri yang lepas, kami telah bawakan perkongsian tentang jenis-jenis kaunter dan instrument berkait dengan saham.

Kali ni Che Muhammad Faiz kembali dengan berkongsi tentang waktu perniagaan Bursa Malaysia dan pergerakan minima harga saham.

Jom baca sampai habis. Semoga bermanfaat.

Di posting kali ni saya akan kongsikan dua topik yang mana sebagai pelabur atau pedagang BARU perlu tahu. Topik-topik kali ini ringan TETAPI berguna untuk para pelabur atau pedagang yang baru berjinak di dalam pasaran saham Bursa Malaysia. AYUH!

 

Topik #1 : Waktu perniagaan Bursa Malaysia 

Pertama nya saya nak kongsikan tentang waktu perniagaan Bursa Malaysia. Seperti yang pernah beritahu, Saham ni satu perniagaan. Jadi mestilah ada waktu perniagaan nya, macam Shopping Mall la juga. Secara am nya, Bursa Malaysia buka pintu kedainya setiap hari isnin hingga jumaat kecuali cuti umum la. Waktunya pula dari jam 9.00 pagi hinggalah ke jam 5.00 petang.  Di sebalik waktu yang am ini, terdapat pecahan pecahan waktu yang pelabur perlu tahu.

Ayuh kita lihat gambar di bawah!

Sumber : www.bursamalaysia.com
Sumber : www.bursamalaysia.com

 

So apa yang pelabur perlu tahu tentang pecahan waktu ni? Begini kisahnya:

 

Pre-opening (8.30 pagi):

Fifi sudah bersedia di hadapan laptop seawal jam 8.30 pagi untuk melihat pasaran saham. Ini kerana, Fifi tahu akan kepentingan pre-opening session. Di waktu ini lah Fifi dapat melihat gambaran awal tentang saham yang Fifi nak beli ataupun jual. Di sini kita dapat tahu adakah saham itu mendapat permintaan yang tinggi ataupun tidak. Di sesi ini juga akan dikira Theoretical Opening Price (TOP) yang mana secara tidak langsung akan menjadi opening price untuk saham tersebut. Fifi juga boleh key in order untuk membeli ataupun menjual di waktu ini, Namun transaksi tidak akan berlaku.

 

Opening and Continuous Trading (9.00 pagi):

Bermula jam 9.00 pagi hinggalah jam 12.29 tengahari berlaku lah transaksi di Bursa Malaysia. Pasar sudah di buka dan Fifi boleh lah melakukan transaksi di waktu ini.

 

Closing (12.30 tengahari):

Bursa Malaysia berehat untuk sesi pertama. Mari kita lunch dahulu.

 

Pre-opening (2.00 petang):

Waktu ini perkara yang sama berlaku di pre-opening di sebelah pagi.

 

Opening and Continuous Trading (2.30 petang – 4.45 petang)

Pertukaran saham berlaku pada waktu ini. Sama seperti di sebelah pagi.

 

Pre-closing (4.45 petang):

Di waktu ini Theoretical Closing Price (TCP) akan di kira.

 

Trading at Last (4.50 petang – 5.00 petang):

Waktu-waktu akhir untuk melakukan transaksi. Di waktu ini hanya satu harga SAHAJA boleh di key in. Sebagai contoh TCP kaunter AA berharga RM 0.55, jadi Fifi hanya boleh key in harga RM 0.55 sahaja di waktu ini.

 

Closing (5.00 petang):

Bursa Malaysia menutup kedai pada waktu ini.

Itu lah pecahan-pecahan waktu perniagaan di Bursa Malaysia yang pelabur WAJIB tahu jika mahu melabur di Bursa Malaysia.

 

Topik #2 : Minimum bids

Topik yang kedua ialah mengenai pergerakan minima harga saham ataupun dalam bahasa inggeris nya “Minimum Bids”. Setiap level harga saham mempunyai minimum bids yang tersendiri. Untuk mendapatkan gambaranya, mari kita lihat gambar rajah di bawah ini!

Sumber : www.bursamalaysia.com
Sumber : www.bursamalaysia.com

Saya ambil contoh begini,

Fifi ingin membeli saham HIBISCS & harga saham ini ialah RM 0.85. Saham ini di dalam katagori saham di bawah RM 1. Oleh kerana itu, sekiranya Fifi ingin membeli saham ini, Fifi hanya boleh key in order di dalam gandaan RM 0.005. Contohnya, Fifi key in untuk membeli di harga RM 0.845. Harga saham ini bergerak sebanyak setengah  sen setiap pergerakannya.

Haa..sekarang ini anda sudah tahu mengenai waktu perniagaan Bursa & juga pergerakan minimum untuk sesuatu saham itu. PERSOALAN nya sekarang, sudah ada akaun melabur saham ke belum? Hehe.

Sampai di sini sahaja, insyaAllah bertemu di posting akan datang.

#MudahnyaSaham #FAZ

Comments

comments

SHARE
Previous articleMacam mana tanah yang kita miliki boleh hilang hakmilik?
Next articleAnak muda, elak terbuat 12 kesilapan ini jika taknak merana
Che Muhammad Faiz
Che Muhammad Faiz adalah seorang anak muda yang suka berkongsi tips-tips pelaburan saham di akaun Twitternya. Beliau merupakan seorang Dealer's Representative, Equities di Maybank Investment Bank Berhad yang berkelulusan BBA (hons) Finance (UiTM Melaka). Bekerja sebagai Dealer's Representative menjadikan beliau seorang yang berpengalaman dalam menguruskan pelaburan saham.