Saham untuk newbies : Macam mana nak beli saham IPO? (Siri #3)

0
3394

Posting kali ni  saya nak share macam para pelabur dan pedagang ingin mendapatkan saham di Primary Market. Posting sebelum ni saya ada beritahu cara-caranya secara ringkas iaitu:

  1. Private Placement
  2. MITI Allocation
  3. Public Allocation

Tapi sebelum melalui ketiga-tiga proses di atas, perkara pertama yang korang semua kena lakukan ialah membuka akaun CDS & akaun Trading . Untuk membuka akaun, korang boleh pergi ke mana-mana Broker house yang full-fledge islamic ataupun Window. Korang boleh rujuk gambar di bawah ni ha.

Apa yang perlu bawa semasa buka akaun CDS dan Trading?

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Bank Statement
  3. 3 Bulan terkini slip gaji
  4. RM 10.60

Selepas akaun siap dan di aktifkan, korang dah boleh membeli saham di Primary Market dan melakukan transaksi di Secondary Market. Haaa, sekarang ni kita fokus dekat cara-cara membeli saham di Primary Market ataupun dalam kata mudah beli time IPO.

Cara yang pertama ialah dengan mendapatkan saham melalui Private Placement.  Untuk mendapatkan saham daripada bahagian private placement, pelabur boleh menghubungi underwriter yang mengeluarkan IPO tersebut. Pembelian Saham pula mesti di lakukan dalam bentuk Blok. Satu blok bersamaan dengan RM 250k. Kebiasaannya yang membeli di private placement ialah High Networth Client, Corporate & Institutionals.

Analogi nya begini.

Fifi ingin membeli Saham IPO syarikat Z melalui private placement yang berharga RM 0.10 seunit. Untuk mendapatkan saham tesebut, Fifi menghubungi Broker yang mengeluarkan IPO dan mengeluarkan wang sebanyak RM 250K bersamaan dengan 2.5 juta unit saham.

Yang kedua, Pelabur boleh mendapatkan saham melalui MITI Allocation. MITI allocation ini khas untuk pelabur Bumiputera sahaja. Pelabur perlu memohon IPO ini di sahamonline.miti.gov.my. Untuk mendapat pemahaman dengan lebih okay, saya akan buat satu senario.

Scenario
Scenario

 

Fifi dapat tahu dari Dealer nya iaitu En Faiz mengenai MITI Allocation untuk membeli saham IPO. Lantas Fifi terus membuka laman sesawang sahamonline.miti.gov.my untuk mendaftar.

(Pilih Jenis pelabur & klik daftar)

 

Kemudian Fifi mengisi semua item yang di minta di dalam web tersebut.

Setelah selesai mendaftar, kini Fifi boleh lah mencuba nasib jikalau ada IPO yang di peruntukan di bawah MITI Allocation. Di MITI Allocation, pelabur hanya perlu memohon berapa jumlah saham yang ingin di beli tanpa perlu bayar dahulu. Selepas keluar result MITI Allocation, barulah pelabur membayar wang bersamaan dengan jumlah saham yang dapat.

Yang terakhir sekali ialah melalui Public Allocation. Public Allocation ini terbuka kepada semua kaum yang ada dekat Malaysia ni. Jadinya korang kena “berebut” dengan semua kaum untuk mendapatkan saham IPO tersebut. Pelabur boleh apply di website bank. Sebagai contoh,  Fifi mempunyai saving account di Maybank. Fifi hanya perlu buka website Maybank2U untuk memohon IPO tersebut.

Fifi perlu klik di investment dan pilih eShare. Seterusnya Fifi hanya perlu memohon IPO mana yang di sukai.

Untuk Public Allocation ni, pelabur perlu ada wang di dalam akaun simpanan. Ini kerana wang tesebut akan ditolak mengikut jumlah (RM) yang di pohon.

Contohnya, Fifi memohon IPO KIP sebanyak 2000 unit. Jumlah kos yang perlu dibayar oleh Fifi ialah RM 2000. TETAPI jika Fifi hanya berjaya dapat 1000 unit, RM 1000 akan di pulangkan ke akaun simpanan Fifi. Itulah perbezaan antara Public Allocation dan MITI Allocation.

Jadi sekarang ini korang semua dah tahu macam mana nak melabur dengan membeli saham IPO.

Mudah bukan? Yang penting korang ada akaun CDS & trading dahulu (yang belum ada boleh roger saya.Hahaha) sebabnya untuk memohon saham IPO, korang kena ada kedua-dua akaun ni.

Okaylah, sampai disini sahaja posting kali ni. Nanti kan posting yang akan datang.

#MudahnyaSaham

Comments

comments