Saham untuk newbies : Apa itu saham? (Siri #1)

0
223

Korang mungkin baru nak berjinak-jinak dalam pelaburan saham dan nak tahu lebih lanjut. Kan?

Saham ni bagus ke untuk newbies?

Apa yang perlu saya tahu jika nak mula melabur dalam pasaran saham?

Sebelum lebih banyak soalan yang timbul, jom baca apa itu saham. Perkongsian ini kami dapat dari Tuan Che Muhammad Faiz. Beliau akan berkongsi tentang pelaburan saham dalam #sirisahamuntuknewbies . Nantikan siri yang akan datang. 

 

 

Sebelum kita pegi dengan lebih mendalam, eloklah kita faham kan dulu apa benda saham ni sebenarnya. Kerana bila kita nak melabur di dalam sesuatu instrumen pelaburan, WAJIB kita kenal dulu latar belakang nya. Iye lah macam pepatah ada mengatakan,

Tak kenal maka tak Chenta

 

Perkara pertama yang kita perlu tahu ialah saham ni satu perniagaan. Dari pihak pemilik mahupun pelabur ianya satu perniagaan. Dari pihak pemilik, mari kita sama-sama melihat kronologi tentang saham:

  1. Fifi ingin memulakan perniagan menjual satay di kawasan perumahan nya. Sebagai modal permulaan, fifi mengeluarkan modal sebanyak RM 2000 untuk menjalankan perniagan menjual satay.
  2. Perniagaan Fifi berkembang dan Fifi memerlukan modal yang lebih banyak untuk perniagaannya. Lalu Fifi pergi ke Bank untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaan sataynya.
  3. Perniagaan terus berkembang, kini permintaan terhadap satay Fifi bukan sahaja di dalam negara, malah ke negara jiran. Fifi perlu modal yang lebih banyak dan untuk meminjam wang dari Bank, kadar keuntungan bank sangat tinggi. Jadi untuk mendapatkan kos yang lebih rendah, Fifi ingin menjual 50% pegangan beliau kepada orang awam untuk mendapatkan modal.
  4. Selepas melalui beberapa proses, 200,000 unit saham Satay fifi akan dijual. Kini syarikat fifi memakai gelaran ‘Berhad’ sempena penjualan pegangan saham beliau kepada orang awam.

 

Begitulah perjalanan perniagaan sehingga berjaya di apungkan saham syarikat tersebut. Proses apungan saham kepada orang awam pula di panggil “Initial Public Offering” ataupun dalam kata mudah IPO.

 

Dari pihak pelabur ataupun pedagang saham, mereka boleh terlibat di dalam perniagaan ini dengan beberapa cara iaitu:

  1. Membeli saham ini ketika IPO. Apabila syarikat melakukan IPO, para pelabur atau pedagang boleh lah membeli saham ini dengan lebih awal. Harga pula berdasar kan “offering price” yang di nyatakan didalam prospektus.
  2. Para pelabur atau pedagang juga boleh melakukan jual beli saham syarikat selepas syarikat ini “listing” di Bursa Malaysia.

 

Itulah cerita secara ringkas mengenai pengenalan terhadap pelaburan saham. Nantikan posting seterusnya.Hehe

#MudahnyaSaham

 

 

Comments

comments