Saham untuk newbies : Apa itu primary market dan secondary market? (Siri #2)

0
95

Bila nak melabur dalam sesuatu, pastikan kita ada ilmu dan tahu apa yang kita nak laburkan tu. Setuju?

Nak melabur dalam saham, wajib belajar sebelum mula terjun. Jangan terus rasa seronok tapi kita langsung tak tahu perkara penting tentang saham.

 

Dalam Siri #1 , Tuan Che Muhammad Faiz telah berkongsi apa itu saham. Kali ni beliau berkongsi pula apa itu primary dan secondary market. Jom hadamkan perkongsian ilmu ni. Semoga bermanfaat. 

Hola!

Dalam posting kali ni saya nak share dekat semua tentang “ Primary & Secondary Market”.  Kita perlu tahu apa itu Primary market & Secondary  market sebelum  membuat strategi ataupun trading plan kita dalam usaha menawan market.

 

Primary Market ni apa?

Apabila syarikat  mengapungkan saham nya (baca: IPO), secara tak langsung ia akan berada di kumpulan “Primary Market”.  Dalam kata mudah, kali pertama syarikat menjual sahamnya kepada orang awam ianya berlaku di Primary market. Di sini, syarikat akan mendapat dana daripada penjualan saham dan digunakan untuk mengembangkan syarikat. Pembelian dan penjualan saham di Primary market hanya melibatkan syarikat dan pelabur sahaja.

 

Macam mana nak dapatkan saham di Primary Market?

Ada beberapa cara sebagai para pelabur atau pedagang saham untuk mendapatkan saham di “Primary Market” ni:

  1. Private placement
  2. MITI Allocation (Khas untuk Bumiputera)
  3. Public Allocation

 

Apa itu secondary market?

Apabila selesainya di “Primary Market”, maka para pelabur atau pedagang saham akan beralih ke “Secondary Market”. Di sini, transaksi yang dilakukan hanya berlaku di antara para pelabur atau pedagang saham sahaja. Kalau di “Primary Market”, wang yang diperolehi daripada pembelian pelabur akan dapat kepada syarikat TETAPI di “Secondary Market” wang akan diterima oleh pelabur atau pedagang yang menjualnya. Di “Secondary Market”, harga saham berubah-rubah mengikut permintaan & penawaran.

 

Apa strategi nak guna di Secondary Market?

Pelbagai strategi yang digunakan di “Secondary Market” ini, antaranya:

  1. Intraday
  2. Contra player
  3. Scalper trader
  4. Investor

Haaa.. sekarang kita dah ada idea macam mana nak menawan pasaran. Samada di “Primary Market” ataupun di “Secondary Market”.

Nak tahu cara untuk dapatkan saham di “Primary Market” , sahabat semua boleh follow di posting saya yang akan datang !

#MudahnyaSaham

 

Comments

comments