Rumah sendiri – sewa atau beli?

0
1226

Salam subuh dan selamat pagi semua. Saya jarang galakkan kita menyewa kerana saya lebih gemar memiliki hartanah yang kita duduki dan pakai sendiri. Tetapi, dalam kes tertentu seperti yang dikongsikan oleh Rohaniah Noor dan Tok Penghulu dalam artikel ini, ada kelebihan bila kita menyewa berbanding membeli :

– Pastikan hartanah yang dibeli boleh dipakai atau disewakan : Kalau boleh, pilih hartanah yang boleh disewakan dgn nilai tinggi walaupun anda nak pakai sendiri buat masa ini. Nanti bila kita nak pindah, rumah ni boleh disewakan pada nilai yang melebihi ansuran bulanan dan tidak membebankan kita.

– Ansuran rendah : Untuk rumah sendiri, pastikan ansuran bulanan tak melebihi 20% dari pendapatan bersih kita. Contoh, pendapatan bersih kita RM6000, pastikan ansuran bulanan kita tak melebihi RM1,500 sebulan. Kalau lagi kurang, lagi bagus!

– Kurangkan komitmen bulanan : Kalau ansuran bulanan untuk hartanah tu at least 100% lebih dari sewa, baik kita sewa je lah. Contohnya macam kes Bangi Avenue, sewa cuma RM1,200 tapi ansuran bulanan RM2,657. Tok lagi suka menyewa dari beli dalam kes seperti Bangi Avenue. Lagipun, kalau sewa komitmen sewaan takkan masuk dalam CCRIS dan ianya tidak akan dikira.

– Pentingkan pelaburan dulu : Kalau rumah yang kita pakai sendiri mahal dan kita tak dapat apa-apa income/pendapatan dari hartanah tu, potensi pelaburan korang pasti akan terbantut. Sebab bila kita nak cuba nak apply loan lagi, mesti tak lepas sebab komitment peribadi terlampau tinggi. ( Selalu Tok tgk orang yang beli hartanah mahal untuk pakai sendiri mesti ada banyak hutang credit card dan personal loan?)

– Pakai rumah kecil dulu : Kalau kita baru je kahwin dan belum dapat anak lagi, duduk rumah 1 bilik pun dah cukup. Kenapa nak pening kepala duduk rumah besar dgn 4-5 bilik padahal kita cuma gunakan rumah untuk tidur dan berehat? Tak perlu membazir tak tentu pasal dan orang yang membazir memang susah nak kaya. Tak percaya, cuba tanya pelabur hartanah terkenal macam Cik Rohaniah atau Abang Ensem jenis rumah apa yang mereke guna sekarang?

– Guna duit orang lain untuk dapatkan rumah idaman : Guna pendapatan sewaan untuk bayaran ansuran/sewa rumah yang dipakai sendiri. Kalau gunakan contoh diatas, kalau kita boleh jana pendapatan bersih sewaan RM1200, korang boleh duduk rumah besar di Bangi Avenue ni secara percuma!

Jadi kita boleh pilih untuk nampak bergaya tetapi sengsara semata-mata nak duduk rumah lawa, atau pilih kesederhanaan dari mula dan melabur secara bijak untuk dapatkan rumah idaman kita yang dibayar oleh orang lain. Dapat rumah best yang FREE! Kita nak kaya atau kekal bergaya-tapi-tak-kaya, itu pilihan masing-masing.

Link untuk artikel penuh : http://gilahartanah.com/tip-beli-dan-melabur-rumah-landed-…/

Senarai 5 hartanah yang anda bole sewa pada kadar 1/3 berbanding pada ansuran bulanan yang perlu dibayar :

1. DSL di TTDI
2. DSL di Bangsar
3. DSL di Setia Alam
4. DSL di Sri Hartamas
5. DSL di Damansara Jaya

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments