Rumah sendiri sebelum 30 tahun? Realiti atau dongeng? Ikuti tips penulis ini.

0
629

Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha.

  1. Buat satu Tabung Rumah Impian.
  2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang.
  3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250.
  4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB.
  5. Setahun kita telah ada RM6000 simpanan
  6. Setelah 3 tahun simpanan tersebut akan jadi RM18 000 sahaja.
  7. Jika kita ada bonus atau tutup Astro kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.
  8. Ishh…geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu).
  9. Sasaran kita rumah yang harga RM150 000.
  10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari menyewa.
  11. Bayaran deposit sekitar RM15000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.
  12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.
  13. Amacam? Ada berani?
  14. Oh lupa, semak rumah subsale di www.mudah.my
  15. Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu.
  16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu.

“Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.”

Wallahu A’llam

‪#‎IngatLelakiSexyAdaRumahSendiri

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments