Prinsip kewangan gaya Zaidi Ismail

0
2393
  1. Sebelum nak beli kereta , ada bajet boleh bayar ansuran kereta RM500 sebulan dan kos berkaitan kereta RM500 sebulan , mesti boleh simpan RM1K sebulan dan boleh beli kereta tunai RM18K dalam masa 18 bulan.
  2. Sebelum nak ambil pinjaman peribadi RM20K untuk kahwin dan ada bajet nak bayar ansuran pinjaman peribadi RM300 sebulan selama 10 tahun , mesti boleh simpan sendiri RM300 di TH atau ASB selama 5 tahun sebelumnya, boleh dapat RM22K.
  3.  Kalau boleh bajet nak main kutu bayar RM100 sebulan main 10 orang untuk kumpul RM1K , kenapa tidak simpan sendiri jer RM100 dalam masa 10 bulan , dapat gak RM1K tanpa perlu melibatkan orang lain dan terdedah kepada pelbagai risiko.
  4. Kalau ada rancangan untuk beli rumah dengan ansuran bulanan RM600 sebulan , kenapa tidak simpan sendiri RM600 sebulan selama 3 tahun di ASB atau TH , sudah ada wang muka 10% untuk membeli rumah berharga RM150K.
  5. Kalau ada rancangan nak beli perabot atau barang kediaman rumah berharga RM5K melalui kredit dan membayar dengan ansuran yang kononnya mudah sebanyak RM200 sebulan selama 3 tahun , kenapa tak simpan jer RM200 di TH atau ASB selama 2 tahun?

“Hidup ini mudah , kenapa nak di susah-susahkan.”

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleMulakan matlamat kewangan anda sekarang
Next articleBelajar berkata tidak
Zaidi Ismail
Merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan” sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi 1000 ahli diseluruh Malaysia.