Permohonan pinjaman bank anda bakal terjejas jika anda leka dengan pajak gadai. Baca artikel ini sampai habis.

0
1391
wallup.net

Apa kesan Pawn Broking (pajak gadai) terhadap permohonan pinjaman bank?

Pawn Broking atau dalam bahasa melayu dipanggil pajak gadai.

Pawn Broking ini agak digemari oleh masyarakat kita di kala kesempitan wang, kerana pawn broking boleh memberi kita wang dengan cepat dan mudah.

Untuk makluman, Pawn Broking yang dipajak di institusi kewangan atau bank sahaja akan masuk ke dalam CCRIS report buat masa ini.

Tapi sedarkah kita, Pawn Broking ini mempunyai risikonya yang tersendiri. Sedarkah anda bahawa Pawn Broking yang muncul CCRIS report anda mempunyai “tanggapan buruk” dari pihak bank?

Sebenarnya, bank melihat Pawn Broking (jika terlalu banyak) di dalam CCRIS report sebagai pemohon yang “mempunyai masalah kewangan atau kesempitan wang”.

Ingat tak dulu di kala pelaburan emas menjadi “trending” suatu masa dahulu? Pelabur tersebut suka simpan emas mereka secara pajakan “Pawn Broking”. Amalan ini sebenarnya amat tidak digalakkan kerana akan menjejaskan permohonan pinjaman kita.

Selain itu, Debt Service Ratio (DSR) untuk Pawn Broking juga akan meningkat secara mendadak kerana bank biasanya akan mengira komitment Pawn Broking hanya untuk tempoh 6 bulan sahaja (Maksudnya jumlah pajakan dibahagikan 6 bulan – RMXXXX/6). Bayangkan jika jumlah pajakan Pawn Broking kita banyak? Apa kesannya?

Pernah satu ketika, saya melihat seorang rakan yang mempunyai pendapatan yang tinggi dan stabil, permohonon pinjaman beliau telah ditolak oleh pihak bank kerana di dalam CCRIS Report beliau terlalu banyak “Pawn Broking”. Bank melihat beliau sebagai seorang yang mempunyai masalah kewangan walaupun pada hakikatnya, beliau tidak mempunyai masalah kewangan dan hanya ingin “menyimpan” emas yang beliau miliki dari pelaburan emas.

Saya tak cakap pelaburan emas tu tak bagus ya, saya cuma berkongsi risiko Pawn Broking sahaja.

So, beringatlah sebelum “menyimpan” emas anda secara “Pawn Broking” kerana ia mempunyai risiko yang agak tinggi untuk bakal pemohon pinjaman.

Ok, sekian terima kasih.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments