Perlu ataupun tidak kereta pertama? Penulis ini berkongsi tips berguna.

0
794

Pandangan saya jika anda mula kerja sebaiknya pakai motosikal saja. Jika sangat memerlukan kereta, pandangan saya:

  1. Beli kereta kecil sahaja.
  2.  Jika dapat kereta terpakai lebih hebat.
  3.  Usia kereta lebih 5 tahun kurang 10 tahun.
  4. Carilah kereta ‘lokal’.
  5.  Harga kereta bawah RM15k, lebih murah lebih sejahtera.
  6.  Lupakan mitos kereta terpakai meletup waktu pergi kerja.
  7. Jurujual kereta akan takutkan kita kereta terpakai bahaya, sebenarnya nak jual keretanya.
  8.  Servis jaga, cari bengkel yang boleh percaya.
  9.  Beli tunai paling bergaya.
  10. Jika kenderaan lokal baru nilai susut sekitar RM6k-10k setahun.
  11. Kereta import RM15k-RM20k setahun susut nilai.
  12.  Jarak perjalanan normal setahun 20000km itu normal.
  13. Banyak benda jimat beli kereta terpakai sebenarnya.
  14.  Lupakan dulu kereta idaman sebelum beli kediaman.
  15.  Kereta itu liabiliti dan bukan aset sebenarnya.
  16. Belilah kereta terpakai, anda jimat 50% dari harga asal.
  17.  Jangan tambah hello kitty atau apa apa aksesori.
  18.  Biar kekal warna asli.
  19. Zaman bergaya dengan kereta baru telah berlalu.
  20.  Zaman sekarang orang beli rumah dulu.

Wallahu A’llam

Sumber :Facebook

Sumber gambar :Theme

Comments

comments