Perkara basic tentang CCRIS dan CTOS yang anda harus tahu

0
2582

Ada yang masih keliru antara CCRIS dengan CTOS?

#1: CCRIS ( Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat)

  • Ianya adalah sistem semakan pinjaman yang diselenggara oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di mana semua maklumat pinjaman penduduk Malaysia disimpan.

 

  • Biro Kredit BNM mengumpul maklumat pinjaman peminjam di semua bank di Malaysia dan kemudian mengeluarkan laporan pinjaman sekiranya ia dipohon oleh mana-mana bank yang ditadbir oleh BNM.

 

  •  Sistem CCRIS merupakan sistem pengkalan data berkomputer yang mempunyai maklumat pinjaman para peminjam di Malaysia.

 

  •  Semua bank diwajibkan untuk melaporkan kepada Biro Kredit nama, no pengenalan diri, alamat dan maklumat pinjaman seperti fasiliti pinjaman, had pinjaman, baki pembiayaan, kelakuan akaun dan sebarang status kes tindakan undang-undang ke atas peminjam.

 

 Maklumat apa yang ada dalam laporan CCRIS? 

  • Berikut adalah senarai maklumat dalam laporan daripada CCRIS:
  1.  Pinjaman yang masih belum dilangsaikan termasuk pinjaman perumahan, sewa beli (hire purchase), kad kredit, overdraf, pinjaman peribadi dan lain-lain pinjaman. – Outstanding loan.
  2. Akuan yang diberikan pemerhatian khusus oleh mana-mana bank. – Special Attention Account.
  3. Permohonan sebarang pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. – Pending Application.

#2: CTOS ( Credit Tip-Off Service)

  • Ianya adalah laporan pinjaman berbeza digunakan oleh sesetengah bank di Malaysia.

 

  • CTOS tidak mempunyai sebarang hubungan dengan BNM atau mana-mana agensi kerajaan dan ia tidak disokong oleh kerajaan.

 

  • CTOS dikendalikan oleh CTOS Data System Sdn Bhd, sebuah syarikat persendirian yang dikenalo dengan nama CTOS Sdn Bhd.

 

  •  CTOS mengumpul data awam yang boleh didapati dalam berita, data pemfailan prosiding mahkamah yang dijadikan maklumat awam oleh mahkamah, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, maklumat yang dibekalkan sendiri oleh pemohon dan oleh mana-mana pemiutang pemohon, mana-mana tempat atau syarikat di mana pemohon telah berdaftar seperti di kelab-kelab sukan, menjadi ahli dan mana-mana maklumat yang boleh didapati di syarikat utiliti.

 

  • CTOS ialah sistem maklumat awalan dengan pelanggan-pelanggan seperti syarikat guaman, syarikat insurans, syarikat kad kredit atau syarikat kewangan yang ingin melakukan semakan latar belakang mana-mana individu atau syarikat, terutama maklumat kewangan mereka, terutama dalam aktiviti harian perniagaan mereka.

 

  •  CTOS tidak mengemas kini pengkalan data mereka atau memadamkan secara automatik daripada laporan kewangan sebarang pinjaman yang telah dilangsaikan oleh peminjam melainkan peminjam tersebut atau orang yang diperiksa datanya memaklumkan hal itu kepada CTOS Sdn Bhd.

 

  • Seseorang yang mempunyai laporan pinjaman di bawah CTOS tidak bermakna sebarang permohonan untuk pinjamannya akan ditolak. Permohonan pinjaman seseorang mungkin ditolak atas isu CTOS ini.

 

  • Sebarang kes mahkamah yang telah diselesaikan atau kes bankrap yang telah dilangsaikan akan mempunyai bukti-bukti dan pemohon boleh memaklumkan semua ini kepada bank di mana pemohon ingin memohon pinjaman.

 

  • CTOS tidak diwajibkan ke atas bank kerana ia tidak dikendali oleh agensi kerajaan walaupun ia dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Selain daripada kedua-dua agensi ini, terdapat beberapa agensi yang mengeluarkan laporan kewangan atau laporan pinjaman individu seperti Financial Information Services (FIS) Sdn Bhd dan SME Credit Bureau Sdn Bhd.

Fuh, semangat saya buat rumusan untuk korang. Kalau korang tak baca memang rugi wooo, tak paham lagi rugi! Haha

Haa, dah faham beza CCRIS dan CTOS? Kesimpulannya, semua bank guna CCRIS, tapi tak semua bank guna CTOS.

Pokok-pangkalnya :

Rekod kredit kena jaga baik-baik, biar cun-melecun baru bank suka

Bayaran ansuran (installment) kena bayar on time. Kalau ada tunggakan, lagi naya.

Dipetik dari buku “40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan Di Malaysia” oleh Tuan Khairul Anuar.

Artikel ini telah dikongsikan oleh Tuan Firdaus Pay

Sumber gambar

Comments

comments