Pengantin baru perlu tahu 7 perkara ini untuk kewangan masa depan

0
1696

Bagi pasangan muda, pernikahan merupakan detik terindah dan sebuah harapan baru yang diimpikan.

Mana tidaknya, segala ranjau berduri, dugaan percintaan yang ditempuhi untuk menuju cinta yang halal, akhirnya dapat diterjemahkan melalui sebuah ikatan janji yang sah lagi halal.

Tanpa disedari, mereka mungkin akan terjerumus ke dalam perangkap kewangan.

Ada yang merancang untuk bercuti ke luar negara, ada yang mengambil pembiayaan peribadi untuk majlis kahwin yang gah dan meriah serta ada juga yang beli kereta import mewah untuk pasangan.

Baru selangkah memulakan perjalanan kehidupan baru, tetapi sudah membawa beban hutang untuk melangkah dan mengharungi bahtera perkahwinan.

Jadi, apa korang boleh buat apabila baru berkeluarga:

1. Merangka bajet keluarga
Dulu makan sorang, malam makan megi pun tak apa. Dulu sabun mandi jadikan sabun basuh pinggan pun tak apa. Bila dah berkahwin, kena ada bajet kewangan untuk kos barang keperluan setiap bulan.

 

2. Merekod perbelanjaan
Penting untuk merekod segala perbelanjaan keluarga. Paling tidak pun, catat segala berbelanja luar jangka. Contohnya seperti kos baiki paip rumah rosak.

 

3. Membuat Tabung / Pecahan Keperluan
Daripada pendapatan keluarga, eloklah merancang semua kos keperluan hidup dan perlu dibincang bersama-sama. Antara kategori yang boleh dijadikan panduan ialah:

-Barang dapur
-Belanja makan
-Ansuran rumah
-Ansuran kereta
-Kos bil air & elektrik
-Hiburan
-Perlindungan takaful
-Tabung simpanan
-Tabung pelaburan
-Tabung pendidikan anak-anak
-Tabung kecemasan / luar jangka
-Tabungan bercuti
-Tabung pencen
-Tabung baik pulih kenderan / rumah

 

4. Menabung Dan melabur
Menyimpan dalam bank tidak memberi banyak keuntungan. Simpan di bank hanya untuk simpanan kecemasan sahaja. Mulakan dengan melabur di instrumen pelaburan yang dijamin selamat. Antaranya ialah unit amanah Islamik, pelaburan perumahan, pelaburan emas,dan sebagainya.

 

5. Perlindungan takaful
Lindungi keluarga dengan takaful. Banyak takaful yang bagus. Jadi, jangan ambil remeh hal ini. Biarlah tak ada Astro pun asalkan ada perlindungan takaful. Ini Astro mampu bayar, takaful tak nak ambil. Bila dah dalam kesusahan dan kena bayar kos perubatan yang tinggi, mula la menggelupur menyesal.

 

6. Hindari hutang
Apabila memulakan kehidupan baru, banyak benda nak guna duit. Nak beli katil, almari, dapur semua. Ingat, jangan sampai berhutang. Kumpul duit, beli secara tunai lagi bagus daripada bayar ansuran.Tidur atas tilam lipat pun bukan dosa.

 

7. Kad kredit cukup satu
Jika pasangan korang ada dua kad kredit, korang pun ada satu, bila dah kahwin tutup semua kad kredit. Biar tinggal satu je. Pergi beli barang dapur bersama, isi minyak kereta pun guna satu kad kredit je. Senang nak uruskan dan jaga kewangan.

Pada yang baru berkahwin, Selamat Pengantin Baru saya ucapkan. Mulakan kehidupan yang baru dengan ilmu kewangan yang padu.

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments