Pantau diri kita sebelum muflis

0
151

 

Satu fenomena negara maju bila ramai anak muda mula diistiharkan muflis.

Gaya hidup mereka seperti artis, duduk dirumah pun pakai lipstik dan alis mata lentik.

Pantau hidup kita jika:

  1. Kerap sangat tukar i-phone, model kereta dan komputer riba.
  2. Dalam dompet penuh kat kredit dari kat debit sahaja.
  3. Iri hati dan mudah cemburu bila kawan ada beg, jubah dan tudung baru.
  4. Beli barang atas alasan murahnya. Bukan sebab keperluan. Siap marah kengkawan yang tak beli sama.
  5. Almari baju dan kasut dah penuh dan tiada ruang lagi tapi nak sumbat juga.
  6. Biar papa asal bergaya menjadi falsafah yang dipegang.
  7. Ansuran bulanan mula tertunda, alasan bajet lari katanya.
  8. Menghabiskan masa berjam jam di Pavillion, Myidin dan IOI Mall untuk riadah berirama.
  9. Bonus yang nak dapat ini dah rancang untuk bercuti atau nak beli tudung jubah lagi. Tiada rancangan tambah aset bernilai tinggi.
  10. Duit poket untuk anak dah sama gaji bibik yang datang cuci rumah.
  11. Hidup biar menyewa tak beli rumah tak apa, mahal katanya.

Jika ini gaya hidup kita bersedialah untuk hidup susah nanti.

“Kehidupan bukan soal gaji, ia soal bagaimana kita rancang hidup bagi menjadi.”

Gegadis suka lelaki bergaya tetapi bukan papa kedana.

‪#‎PantauGayaHidupKita

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments