Orang bergaji RM3K pun tak beli rumah lagi? Jom baca kenapa

0
1580

Bagi anak muda yang baru dapat kerja, normallah jika masih bertatih nak susun langkah nak beli rumah sendiri. Tapi macam mana pula orang yang dah bergaji RM3000 sebulan pun tak mula beli rumah lagi?

Bila ditanya, macam-macam alasan keluar. Selagi korang tak kenalpasti punca yang menyebabkan tak beli rumah sampai sekarang, sampai ke sudah korang tak beli rumah nanti.

Jemput hadamkan perkongsian ilmu Tuan Harith Faisal ini.

Berikut adalah 10 sebab orang bergaji RM3000 masih tak beli rumah lagi:

#1 Beli kereta mahal

Sebab dah terbeli kereta mahal. Ansurannya saja dah makan 30% daripada gaji dia. Belum masuk petrol, tol, servis dan lain-lain. Entah-entah boleh habis 50% gaji hanya untuk kereta saja.

 

#2 Tiada simpanan bulanan

Takda buat simpanan bulanan. Paling kurang, simpanlah 10% daripada gaji. Tapi dapat simpan 30% lagi bagus. RM3000 x 30% = RM900. Simpan setahun dan ada RM10,800. Simpan masa bujang lagi mudah. Sebab komitmen tak banyak.

#3 Beli rumah melebihi bajet

Nak beli rumah harga lebih RM300K. Mungkin lepas, mungkin tak. Kalau lepas kiraan DSR, mungkin tak lepas kiraan NDI. Kalau lepas pun, masalah kat modal pula. Jadi rendahkan sikit bajet tu. Beli rumah sekitar RM150K pun dah okay.

 

#4 Tak nak rumah lowcost

Tak pandang langsung rumah lowcost. Rumah reban ayam katanya. Takpun rumah burung sebab design kotak-kotak saja. Dia tak tahu kot rumah lowcost ni berebut orang nak bida kalau dah masuk lelongan. Yang bukan low cost pun ada yang murah, ikut lokasilah.

 

#5 Rasa gaji RM3K tak mampu beli rumah

Masih berfikir orang gaji RM3,000 tak mampu beli rumah. Bagi dia, orang yang beli rumah adalah orang-orang kaya. Padahal kalau tahu caranya, gaji RM2,500 pun dah boleh beli rumah.

 

#6 Nak tunggu rumah PR1MA, rumah SelangorKu, RUMAWIP

Nak mohon, boleh. Tapi tak perlu tunggu bertahun-tahun. Sementara nak tunggu tu, survey sekali rumah-rumah subsale, banyak juga yang bagus-bagus.

 

#7 Sukar menyimpan

Orang yang bergaji RM3,000 tak layak dapat BR1M. Jadi, memang sukar nak adakan simpanan. Ada orang kata, BR1M tu boleh tampung kos sara hidup yang kian meningkat hari demi hari. Tak taulah siapa yang kata.

 

#8 Halangan daripada ibu bapa

Mak bapak tak bagi beli rumah cikai-cikai, paling kurang nak rumah bertanah. Bagi mereka, kerja anak mereka sebagai eksekutif di kota metropolitan Kuala Lumpur bergaji besar. Walhal sekitar RM3,000 saja.

 

#9 Lebih selesa menyewa

Lebih selesa menyewa bilik RM500 sebulan daripada beli rumah RM160K dengan bayaran bulanan hanyalah RM750. Tak salah pun sewa bilik tu, tapi sambil sewa bilik, kenalah ada rumah sendiri juga. Rumah sendiri, sewakan kat orang lain.

 

#10 Rasa gaji besar

Graduan gaji RM3,000 biasa rasa gaji dia dah cukup besar. Iya, fresh graduate nak dapat gaji mula RM3,000 memang sangat payah. Jadi bila dah dapat, mulalah nak impress orang lain dengan kehidupan mewah, travel sana sini, kereta best.

 

Ada juga situasi yang mana mereka anak sulung yang ada komitmen tinggi kat keluarga masing-masing. Kita tak nafikan memang wujud orang macam tu. Kita doakan semoga setiap orang dapat memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.

Kalau memang dah usaha sehabis baik, masih tak mampu memiliki rumah, jangan buruk sangka dengan Allah. Pasti ada hikmahnya. Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih baik.

Iya, rumah memang tak wajib kau beli. Yang wajib adalah solat 5 waktu sehari semalam. Tapi bila kau beli rumah, kau akan rasa tenang sebab tak perlu nak cari rumah sewa lagi. Kalau kau sebagai ketua keluarga, kau tak perlu risau lagi jika ajal menjemput. Sekurang-kurangnya, isteri dan anak kau dah ada tempat berteduh.

Tapi kalau kau tak mampu beli rumah sebab kesilapan kau sendiri dalam mengurus duit ditambah pula dengan dosa-dosa kewangan yang kau lakukan dengan kerelaan sendiri, mohon insaf segera. Haha! – HF

Comments

comments