Nak Tahu Beza Simpanan dan Pelaburan?

0
2050

SIMPANAN

+ Tiada caj, tiada risiko.

+ Apa yang kita letak, itu yang akan kita dapat.

+ Tahap kecairan sangat tinggi – bila-bila masa boleh ditukar kepada tunai.

+ Jika lebih, itu bonus

+ Cadangan Tabung Haji atau ASB, sebab ada pulangan sekitar 6% ke 8%

 

PELABURAN

+ Akan ada caj, akan ada risiko

+ Kita letak di situ dengan harapan akan dapat lebih banyak, minima melebihi 8%

+ Tahap kecairan sederhana dan rendah – mengambil masa untuk ditukar kepada tunai.

+ Jika tidak mendapat pulangan sebanyak 8%, maka elok dipertimbangkan untuk tukar

+ Contoh: Saham, saham amanah, hartanah, emas.

 

Tak Nak Kena Sontot? Pegang 3 Prinsip Ini

 

Saya tak mampu nak menyiasat semua skim yang ada atas muka bumi ini.

 

Pegang prinsip saya ini, yang saya apply sejak sekian lama;

 

Prinsip 1;

 

“Semua skim pelaburan adalah merugikan, kecuali dibuktikan sebaliknya”.

 

Prinsip 2;

 

“Semua skim pelaburan yang menawarkan JAMINAN keuntungan too good to be true dengan jaminan ROI melebihi 10% SETAHUN, adalah skim sontot riba tanpa perlu buktikan apa-apa”.

 

Prinsip 3:

 

“Katakan tidak pada kawan kita – biar kawan marah kita sekali hari ini kerana kita reject dia, daripada kita marah dia banyak kali selepas tersontot esok”.

 

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleJaminan untuk Pelaburan Unit Amanah (Unit Trust)
Next articleHalalkah FOREX?
Afyan Mat Rawi
Afyan Mat Rawi adalah seorang trainer dan perunding bertauliah bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Beliau terlibat dalam bidang perkhidmatan kewangan sejak tahun 2003 hingga sekarang. Tulisan-tulisan Saudara Afyan juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia. Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Assalamualaikum” dan rancangan-rancangan lain seperti “Assalamualaikum”, "Maqasid Syarieyah" di TV Al-Hijrah. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang servis kewangan Islam, beliau selalu dijemput mengendalikan program-program yang berkaitan kewangan, muamalat Islam, pelaburan, takaful di seluruh pelosok tanah air. Merupakan pengasas INFAQ Consultancy, sebuah firma perundingan kewangan yang bertauliah.