Nak simpan duit dengan cara yang mudah? Baca perkongsian pakar kewangan ini sampai habis.

0
1924

 

Membuat SIMPANAN adalah perkara asas dalam pengurusan kewangan. Ia perkara mudah untuk disebut, tapi sukar untuk dilaksanakan.

Biasanya ia dilakukan ialah dengan cara;

GAJI (tolak) BELANJA = SIMPANAN.

Yakni, berbelanja dahulu selepas mendapat GAJI kemudian baru MENYIMPAN.

Sebenarnya dengan kaedah di atas, ia tidak jadi SIMPANAN, tetapi menjadi BAKI;

GAJI (tolak) PERBELANJAAN = BAKI.

Dengan kaedah ini, BAKI mungkin akan tinggal 0 akhirnya dan tiada lagi SIMPANAN.

Yg sebetulnya ialah dengan cara;
GAJI (tolak) SIMPANAN = PERBELANJAAN.

Yakni dengan cata membuat SIMPANAN terlebih dahulu selelas menerima GAJI.

Dengan cara ini SIMPANAN akan dapat dibuat setiap bulan tanpa gagal.

Berapa simpanan yang patut dibuat?

Mengikut cara Nabi Yusuf, jumlahnya ialah SEPARUH.

Wah, separuh?

Oh, jika belum mampu untuk membuat SIMPANAN sebanyak SEPARUH, boleh mulakan dengan 10%.

10% juga terlalu banyak?

Jangan fokus kepada 10% yang kita simpan, tapi fokus kepada 90% yang boleh kita belanjakan.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments

SHARE
Previous articleLima perkara yang menghalang anda untuk beli rumah. Baca artikel ini sampai habis.
Next articleKurangkan kos sara hidup anda dengan 7 langkah berjimat yang praktikal. Baca artikel ini sampai habis.
Afyan Mat Rawi
Afyan Mat Rawi adalah seorang trainer dan perunding bertauliah bertauliah Islamic Financial Planner (IFP). oleh Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (IBFIM – Islamic Banking and Financial Institute Malaysia) di bawah Bank Negara Malaysia. Beliau terlibat dalam bidang perkhidmatan kewangan sejak tahun 2003 hingga sekarang. Tulisan-tulisan Saudara Afyan juga selalu tersiar di MajalahNiaga.com, Harian Metro, Majalah Solusi, Prospek Hartanah Malaysia. Malah beliau juga pernah tampil beberapa kali secara langsung dalam rancangan “Assalamualaikum” dan rancangan-rancangan lain seperti “Assalamualaikum”, "Maqasid Syarieyah" di TV Al-Hijrah. Sepanjang penglibatan beliau dalam bidang servis kewangan Islam, beliau selalu dijemput mengendalikan program-program yang berkaitan kewangan, muamalat Islam, pelaburan, takaful di seluruh pelosok tanah air. Merupakan pengasas INFAQ Consultancy, sebuah firma perundingan kewangan yang bertauliah.