Nak beli rumah sendiri dengan modal minima ketika baru mula bekerja? Baca artikel ini sampai habis.

0
1138

 

Tips ini sangat sesuai untuk anak muda sebab biasanya anak muda tak banyak duit simpanan. Almaklumlah baru mula bekerja 1-3 tahun selepas habis belajar.

Juga boleh digunapakai oleh sesiapa sahaja. Kerana bagi saya, pelaburan hartanah yang bagus adalah dengan menggunakan modal yang paling minima.

1. Rumah Bawah Harga Pasaran (Subsale)
Dengan beli rumah bawah harga pasaran, kita boleh pujuk tuan rumah lama supaya membenarkan kita untuk memohon pembiayaan berdasarkan harga pasaran sebenar. Dengan alasan, lebihan tunai daripada pembiayaan tersebut adalah untuk menampung kos ubah suai dan pembaikan rumah.

2. Duit Pendahuluan Kurang Daripada 10% (Subsale)

Kebiasaannya kita perlu membayar 3.18% sebagai duit pendahuluan tanda jadi. Dan membayar bakinya sebanyak 6.82% seusai menandatangani Perjanjian Jual Beli Rumah. Tapi sebenarnya jika kita dapat berunding dengan tuan rumah, besar kemungkinan kita hanya perlu membayar 3.18% sahaja sebagai duit pendahuluan. Kena berundinglah.

3. Beli Rumah Daripada Tuan Rumah (Subsale)
Kalau beli rumah terus daripada tuan rumah, lebih mudah runding untuk beli rumah dengan duit pendahuluan yang paling minima. Untung-untung tak perlu keluar duit pendahuluan langsung. Tapi kalau anda belum ada ilmu dan pengalaman, sebaiknya cari rumah yang diuruskan ejen. Ejen hartanah akan bantu dan memudahkan urusan anda. Jangan risau, bayaran kepada ejen hartanah tu, penjual yang akan langsaikan. Saya lebih suka beli rumah dengan ejen.

4. Beli Rumah Daripada Keluarga dan Kenalan (Subsale)
Keluarga dan kenalan kita biasanya tak berkira sangat. Sebab masing-masing dah kenal lama. Takkan nak tipu pula kan. InsyaAllah lebih mudah nak runding duit pendahuluan dan harga jualan. Jadi, kalau dah dua-duanya bersetuju untuk teruskan jual beli, janganlah nak mungkir janji. Nanti bermasam muka pula.

5. Beli Rumah Murah (Subsale/Under Construction)

Untuk membeli rumah subsale, kita memerlukan modal sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah sebagai modal. Iaitu 10% sebagai duit pendahuluan dan 5% untuk kos-kos lain seperti fi guaman, fi penilaian dan lain-lain. Secara matematiknya, semakin rendah harga rumah, semakin kurang modal yang diperlukan.

6. Diskaun dan Rebat (Under Construction)
Cari rumah baru yang pemajunya menawarkan diskaun dan rebat yang menarik. Contohnya, hanya dengan RM1000, anda boleh memiliki kondominium di berdekatan KLIA dengan rebat sebanyak 10%. Ataupun tawaran bayaran pendahuluan secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah dan diskaun Bumiputera sebanyak 7%. Jadi, anda boleh memiliki rumah baru dengan menggunakan modal yang sangat minima.

Semoga 6 tips ni boleh membuka mata dan hati anak muda supaya dapat beli rumah secepat mungkin di awal usia. Tak perlu tunggu ada modal RM50,000 pun takpa, dah boleh beli rumah.

Pilihlah mana-mana tips yang sesuai dengan anda.

TIPS EKSTRA!!

Bukan beli rumah sahaja perlu guna modal minima. Nak dapatkan orang rumah pun, carilah yang setuju berkahwin dengan modal yang minima dan sederhana. Memang untung. Tak perlu hutang dengan bank sampai RM50,000 dan yang paling penting, tidak membazir dan lebih barakah.

 

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments