Midori – Projek perumahan inspirasi suasana Jepun berstatus freehold untuk anda sekeluarga

0
95

Nak makan makanan Jepun percuma sambil melihat rumah cantik?

 

Anda teringin tak nak makan makanan Jepun secara percuma dan dapat naik belon udara panas sambil melihat rumah cantik? Bab makan free ni, siapa yang tak nak kan? Rezeki jangan ditolak.

 

Apa lagi, jomlah hadir ke Japan Festival di Kajang 2, Presint 2 anjuran pemaju perumahan terkenal MKH Berhad pada hujung minggu ni. Acara ini adalah bersempena dengan pelancaran rasmi projek Kajang 2 ini dan berlangsung pada 25-26 November 2017 bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

 

Yang seronoknya, anda dijemput untuk datang sekali bersama-sama keluarga. Sambil menikmati hidangan makanan Jepun yang disediakan percuma, anda boleh melihat rumah-rumah contoh terbaik yang telah dibina oleh pihak pemaju MKH ini. Siap ada booth untuk permainan Jepun lagi bagi menggembirakan anak-anak.

 

Kajang 2 adalah sebuah pembangunan bandar urban di kawasan strategik dengan sambungan terus ke kawasan-kawasan Lembah Klang melalui lebuhraya SILK, Grand Saga dan PLUS. Projek ini direka dengan menggabungkan komposisi seimbang perumahan dan perniagaan.

 

Projek pembangunan yang akan dipamerkan adalah Midori dalam kawasan Kajang 2 Precint 2. Projek Midori ini dikelilingi oleh kehijauan alam dan kawasan taman-taman yang berinspirasikan Jepun. Macam duduk di Jepun gitu.

 

Jadi, jomlah singgah ke Japan Festival hujung minggu ini ye. Jumpa anda di sana.

Comments

comments