Masih belum ada rumah pertama? Ini panduan untuk anda.

0
70

Antara matlamat yang ramai orang ada adalah memiliki rumah pertama atas nama sendiri. Betul?

Nak ada rumah sendiri, memang bermacam-macam cabaran yang dihadapi. Percaya pada diri yang kita boleh capai matlamat tu.

Perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad kali ni berkisar tentang panduan bagi mereka yang belum ada rumah pertama. Jom baca sampai habis.

Berdasarkan survey malam tadi masih ramai pembaca saya belum ada rumah pertama.

Saranan saya ini berdasarkan situasi yang Tuan Cik Puan hadapi.

1. Rumah Pertama sebaiknya rumah pelaburan, bukan rumah yang kita nak duduk.

2. Cari kediaman yang bawah RM300,000 dulu untuk bermula.

3. Jika gaji kita RM3500 sebulan, rumah yang baik untuk kita adalah RM273,000 sahaja.

Bagaimana hitungnya.

4. Gaji bulanan x 12 bulan x 6.5 = Harga kediaman sesuai untuk kita.

5. Hutang pembiayaan rumah sendiri sebaiknya tak lebih dari 35% gaji. Contohnya gaji RM3500 x 35% = RM1,225 sebulan.

6. Rumah pertama sebaiknya 3 bilik 2 bilik air. Jangan malu bermula dengan rumah pangsa, apartment atau kos rendah rumah rakyat.

7. Jangan percaya mitos rumah turun harga, yang turun harga itu rumah yang ‘over price’ yang dijual dulu kala oleh pemaju tamak haloba.

8. Jangan ‘tunggu untuk beli rumah’ tetapi ‘beli rumah dan ‘tunggu’. Pasti ada kenaikkan nilai baru pada hartanah.

9. Jangan malu malu cari ilmu, baca blog atau baca buku saya. Mesti beli banyak rumah punya

10. Jika gaji kecil, buat pendapatan tambahan untuk sokong pengajian kita. Jangan mengalah.

11. Jika rumah baru mahal, beli rumah lelong atau terpakai. Masih banyak diluar sana.

12. Jika malas baca buku datang seminar ini, ramai yang datang tak beli rumah sebiji tetapi dah banyak rumah dibeli.

Jangan risau jika kita baru nak mulakan langkah untuk ada rumah pertama. Teruskan langkah. Simpan duit untuk deposit rumah. Belajar ilmu hartanah. Sekarang dah tak susah untuk belajar ilmu hartanah yang betul.

ps : Ingin dapatkan consultation bagaimana menyimpan duit deposit rumah? Boleh klik link di bawah. Kami bantu share gameplan kewangan yang sesuai dengan korang.

gameplankewangan

gameplankewangan

Comments

comments