Maksud kod dalam laporan CCRIS yang anda harus ambil tahu

0
9374
Sumber gambar: pixabay.com
Sumber gambar: pixabay.com

Korang biasa dengar CCRIS atau nama panjang dia Central Credit Reference Information System kan. Dah ramai yang share pasal CCRIS ni kat FB.Termasuk la abam sendiri.

Apa yang korang WAJIB tau, CCRIS rekod korang tu mestilah dalam keadaan cun. Mesti “0 0 0 0 0 0”. Tapi pernah tak korang tau apa “isi perut” dalam CCRIS tu. Apa code-code yang digunakan.Apa maksud abbreviation dalam CCRIS tu semua.

Jadi abam berbesar hati untuk share dengan korang berdasarkan pengalaman abam kerja di bank dolu-dolu. LIKE & SHARE sampai viral tau. Haha! Benda baik kan.

Berikut adalah penerangan ringkas tentang isi perut CCRIS. Penerangan lebih terperinci dalam setiap gambar. Selamat membaca.

1. NO = Merujuk kepada bilangan urutan dalam laporan kredit.

2. DATE = Tarikh ini merujuk kepada tarikh kelulusan oleh institusi kewangan.

3. STS = Merujuk kepada status loan korang (PENTING!!)

4. CAPACITY = Ini merujuk kepada loan yang diambil sama ada joint loan atau perseorangan. (JOINT or OWN)

5. LENDER TYPE = Merujuk kepada institusi kewangan yang memberi pinjaman.

6. FACILITY = Jenis pinjaman yang korang pinjam.

7. TOTAL OUTSTANDING (RM) = Merujuk kepada jumlah baki pinjaman bagi setiap jenis facility.

8. DATE BALANCE UPDATED = Merujuk kepada tarikh untuk jumlah baki pinjaman yang dilaporkan.

9. PRIN. REPMT. TERM = Mode pembayaran semula pinjaman sama ada monthly, quarterly, etc.

10. COL. TYPE = Jenis-jenis cagaran.

11. CONDUCT OF ACCOUNT FOR THE LAST 12 MONTHS = Menunjukkan rekod pinjaman korang selama 12 bulan. Kalau semua “0” bermakna cun, selain tu paham-paham sendiri.

12. LGL STS = Merujuk kepada pinjaman tu ada legal action atau tak. So make sure kosong.

13. DATE STATUS UPDATED = Merujuk kepada tarikh status tindakan undang-undang yang dikenakan.

14. SPECIAL ATTENTION ACCOUNT = Merujuk kepada written-off atau written-down account accounts. Kalau pinjaman korang masuk dalam column ni, cepat-cepatlah buat settlement.

15. CREDIT APPLICATION = Pinjaman yang korang apply tapi belum ada decision dari pihak bank sama ada approve atau decline.

 

Sumber gambar : Firdaus Radzali
Sumber gambar : Firdaus Radzali

STS dalam column ke-3 = Ianya merujuk kepada status pinjaman korang.Untuk pinjaman yang telah disburse atau dalam table Outstanding Credit, pastikan section ni hanya bertulis huruf O. Dan bukannya huruf lain.. Dalam table Application for Credit pulak, mungkin ianya akan tertulis “P” atau “A” atau “T”. Maksudnya seperti dalam gambar di atas.

Sumber gambar : Firdaus Radzali
Sumber gambar : Firdaus Radzali

COL TYPE dalam column ke-11 = Ianya merujuk kepada jenis-jenis cagaran dalam pinjaman korang. Kalau pinjaman korang tu tidak bercagar, ruang ini akan terisi dengan nombor “00”. Dan jika pinjaman korang tu bercagar, dia akan menunjukkan nombor selain dari 00. Sila refer gambar di atas.

Sumber gambar : Firdaus Radzali
Sumber gambar : Firdaus Radzali

LGL STATUS dalam column ke-13 = Ianya merujuk kepada pinjaman korang sama ada dikenakan tindakan mahkamah atau pun tidak. Ruang ini WAJIB dibiarkan kosong kalau korang nak apply loan nanti. Sebab apa? Rujuk gambar di atas.

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Firdaus Radzali

Comments

comments