Macam mana orang tak bergaji tetap boleh beli rumah? Wajib baca sampai habis.

0
336
Sumber : Syafieqah A'lya
Sumber : Syafieqah A'lya

Nak capai apa yang kita impikan, serius boleh. Yang penting, kita kena lah berusaha.

Cari ilmu dan belajar dari pengalaman orang. Percaya pada diri sendiri.

Untuk korang yang nak belajar dari orang yang dah berjaya, jom baca perkongsian Cik Syafieqah A’lya ni. Bagaimana dia boleh beli rumah lagi walaupun tak bergaji tetap?

Jom baca sama-sama.

Bank apa yang terbaik untuk apply pembiayaan rumah? Bank yang terbaik adalah bank yang boleh LULUSKAN pembiayaan kita.

 

Alhamdulillah syukur, semalam pembiayaan rumah saya telah lulus dengan cemerlang. Ramai minta tips bagaimana saya mampu untuk membeli rumah lagi?

Tips yang saya kongsikan hanya lah atas dasar pengalaman saya saja, sebarang pendapat atau idea baru boleh di ulas dalam komen di bawah okay.

Saya seorang consultant yang berpendapatan commission based. Tidak bergaji tetap macam korang yang lain. Pastinya kiraan untuk mereka yang commission based berbeza. tidak ambil keseluruhan dari income sebenar.

 

#1 Profile kewangan perlu tip top

– Jaga ccriss (payment loan kereta, rumah, credit card, personal loan, asbf) semuanya cantik dibayar. Maksudnya jangan lah ada angka-angka 1,2,3 dalam rekod CCRIS korang. Bank pun takut nak bagi pembiayaan sebab itu menunjukkan character kita dalam buat pembayaran. Macam mana nak check? Korang boleh walk in ke bank negara atau boleh request by online.

– Sediakan statement asb/ tabung haji/ epf statement untuk di kepil sekali semasa submit borang pembiayaan rumah. Biasanya bank nak tengok korang ada at least 10% simpanan dari harga rumah tersebut untuk ‘tambah keyakinan’ bank dan buktikan kemampuan kita. Ini faktor yang selalu orang abaikan. Bila bank minta, Baru menggelabah nanti. Pastikan Buat simpanan dari peringkat awal sebelum membeli hartanah .

– Salah satu cara untuk kumpul deposit rumah adalah dengan melakukan asbf. Pada korang rasa tak perlu sebab korang yakin boleh simpan sendiri, maka korang teruskan saja okay. Tidak salah . Kalau tak mampu nak simpan sendiri , buat ASBF adalah Jalan terbaik.

Melalui asbf jika budget korang adalah :

RM270 @ korang boleh apply RM50K
RM540 @ korang boleh apply RM100K
RM810 @ korang boleh apply RM150K
RM1080 @ korang boleh apply RM200k

Ianya bergantung pada kiraan dsr dan komitmen juga ye untuk mohon asbf.

(Asbf ni pastinya perlukan payslip untuk apply. Jika korang student atau isteri yang tidak bekerja maka apply lah join application menggunakan payslip pasangan atau mak atau ayah atau adik beradik bekerja)

Apa hasilnya jika korang terus menyimpan dan tidak usik dividen langsung tempoh 3 tahun, saya akan share dalam telegram saya kemudian. Klik Join okay https://t.me/syafieqahalya

– Commission based ni bank nak lihat 6 bulan current statement saving korang yang credited duit Commission tu. Maka provide lah sekali. Pastinya perlu statement yang cantik. Jangan lah sampai baki Commission kurang dari komitmen korang, bank takut korang tak mampu bayar pembiayaan.

– Simpanan dalam akaun saving korang tu jangan dibiarkan jumlahnya terlalu rendah. At least kekalkan jumlah baki keseluruhan sama dengan jumlah 6 bulan bayaran bulanan rumah korang nak buat tu ok. Contohnya instalment RM2,000 . Bagi Akaun ada RM12,000 . Kalau dalam statement kita setiap 3 hari Lepas masuk gaji atau komisen dah tinggal RM10 , cemana bank nak yakin anda mampu serve pembiayaan baru tu .

 

#2 Untuk pengetahuan korang, semua bank tidak kira 100% komisen sebagai income

A) Maybank 50% dari 6 bulan current income

B) Public Bank 50% dari kiraan tax tahun lepas
(biasanya bank request 2 tahun ke belakang)

C) Rhb 50% dari kiraan tax tahun lepas (biasanya bank request 2 tahun ke belakang)

D) Hong Leong 80% dari kiraan tax tahun lepas (biasanya bank request 2 tahun ke belakang)

Selain dari ini, saya tidak pasti. Jika salah betulkan saya.

 

#3 Declare lah tax korang

Jangan lari dengan tax, declare saja. Jika korang tak pandai kira maka boleh lah hired tax consultant untuk bantu kirakan. Pastinya ada upah yang dikenakan atas kerja tersebut. Ianya bergantung pada ‘kepayahan’ dalam menyediakan tax korang tu. Dari 3 bank yang saya hantar application rumah ni, semua mintak tax receipt dan statement. Jadi korang standby okay. Jangan takut declare tax, Korang sendiri akan dapat faedahnya nanti, percayalah .

 

#4 Bersedia dengan exit plan jika berlaku perkara tidak diingini pada diri kita

– income protection
– wasiat
– hibah
– hibah bersyarat
– simpanan

Sekarang kita rasa tak perlu ni semua, tapi ajal tidak mengenal usia dan waktu bila. Ingat, harta kita adalah tanggungjawab kita. Agihkan lah pada mereka yang layak agar tidak berlaku perebutan harta kemudian hari.
PENTING, Pastikan juga tujuan kita membeli sesuatu Hartanah itu untuk apa. Duduk sendiri , pelaburan untuk rental @ capital appreciation . Untuk rumah yang saya beli ni Saya meneliti berasaskan :

1. Untuk duduk sendiri
2. Jarak ke KLCC 7km shj
3. Jarak ke Office 6.5Km , 12 minit .
4. Rumah view KLCC, KL Tower & TRX
5. Unit dengan 3 bilik 2 bilik Air
6. 3 tier security
7. Facilities dalaman yg terbaik & mewah
8.Akses yg baik ke pusat bandar.

Cukup sampai sini tips dari saya, korang nampak seronok orang beli rumah tapi pastinya ia tidak dibeli secara terburu-buru. Saya plan dan ambil keputusan untuk beli dan survey ke banyak tempat serta sempat bertanya kepada beberapa orang pakar tentang hartanah. Perasaan nervous tidak hilang hinggalah pembiayaan ni berjaya di approved oleh bank. Syukur!

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk korang.  #syafieqahalya

 

Comments

comments