Macam mana orang gaji kecil mampu survive dan beli rumah?

0
2421
Sumber gambar : pixabay.com
Sumber gambar : pixabay.com

Kau mesti ada kawan yang bergaji sikit, tapi rilek je hadapi hidup. Isteri tak kerja tapi boleh je tanggung makan minum anak isteri.
Gaji kecil tapi dah ada rumah sebagai aset. Hidup bahagia tanpa perlu buat hutang jahat. Kau yang kerja sedap tu dah la beli Honda City zero-downpayment, tapi masih duk menyewa.
Rahsianya ialah perbelanjaan yang cermat, efektif dan pengurusan kewangan yang berkesan.
Korang nak tahu tips dorang tak? Meh saya share sikit. Antaranya:

#1 Berdisiplin Merancang Perbelanjaan

Dapat gaji je terus buat simpanan. Kalau barang dapur habis, buat senarai, nanti beli barang ikut senarai je. Ada jualan murah ke terus kuatkan semangat.

#2 Minimumkan Perbelanjaan

Kalau boleh masak sendiri di rumah lagi bagus. Sarapan bawa bekal. Tak perlu nak makan di kedai. Hari minggu pun tak perlu selalu tengok wayang dan minum kopi mahal kegemaran kau tu.

#3 Bandingkan Harga

Adakalanya barang yang sama tetapi dijual dengan harga yang berbeza di pasaraya yang berbeza. Jadi kau kena bijak buat perbandingan.

#4 Utamakan Keperluan

Rancang belanja mengikut keutamaan. Kau kena tahu bezakan antara keperluan dengan kehendak. Ini nak barang yang berjenama je.

#5 Pengangkutan Awam

Sekali sekala guna pengangkutan awam apa salahnya kan. Tak pun berkongsi kenderaan. Dapat jimat wang.

#6 Hiburan Sederhana

Sekali sekala nak berhibur apa salahnya. Tapi bersederhana lah. Jalan-jalan dekat taman pun elok juga. Orang biasa macam kita, bersenam jogging kat taman okay lah. Orang hipster macam kau jogging atas mesin dalam gym.

#7 Pendapatan Kedua

Ramai yang bergaji kecil mempunyai pendapatan kedua. Mereka sedar, mereka bukan orang kaya yang boleh goyang kaki bagai. Antara cara mereka mencari pendapatan kedua adalah dengan cara berniaga online, buat Grab Car, dropship dan sebagainya.
***
Kawan kau bergaji kecil yang umur sebaya dengan kau dah ada keluarga, aset hartanah, simpanan kecemasan, perlindungan takaful. Gaji kecil bukan segalanya. Tapi cara menguruskan penting. Kau gaji besar masih ditakuk yang sama. PTPTN pun tak reti nak bayar.
Konsep dia senang je. Berjimat cermat. Belanja biar berpada-pada. Ukur baju di badan sendiri. Ingat, kalau kau mampu beli Volkswagen Golf beli je Myvi. Kalau kau mampu beli baju berjenama, beli je baju masa jualan murah. Tak perlu berhutang untuk beli kehendak. ‘Downgrade’ satu tahap. Simple.
Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Kalau nak senang, kau kena la berkorban dahulu. Kejayaan Empayar Rom tidak dibina dalam satu hari. Kah!

 

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Amir Syahir 

Comments

comments