Macam mana nak menyimpan untuk deposit rumah dalam masa 3 tahun?

0
1230

 

Hampir semua orang berimpian nak ada rumah sendiri. Paling kurang sebiji rumah atas nama sendiri. Kan? Sama ada rumah untuk kegunaan sendiri ataupun pelaburan, masing-masing punya pilihan.

Nak beli rumah ni, antara yang paling penting adalah deposit. Ada deposit, insyaAllah kita dah boleh nampak apa yang kena buat seterusnya.

Berapa banyak perlu ada untuk deposit rumah ni? Seelok-eloknya 10% – 15% dari harga rumah. Katakan rumah berharga RM100000, kita perlu ada sekurang-kurangnyaRM10000 – RM 15000. Mungkin sekarang kita tak ada lagi duit sebanyak tu. Sebab tu wajib kita bermula dari sekarang.

Nak tahu cara kumpul deposit? Jom hadamkan perkongsian ilmu ni.

#1 Simpan di Tabung Haji RM300 sebulan

Korang boleh simpan biasa di Tabung Haji. Simpan secara konsisten selama 3 tahun. Purata dividen 5% setahun. Dividen yang dapat biarkan terkumpul dan jangan usik. Selepas 3 tahun, anggaran yang dapat dalam RM11654.

 

#2 : Simpan di ASB RM300 sebulan

Korang boleh juga simpan di ASB setiap bulan dengan buat transfer online saja. Simpan konsisten selama 3 tahun. Kena sangat kental dan disiplin untuk simpan. Purata dividen setahun 7.25%. Biarkan dividen terkumpul dalam akaun dan tak usik selama 3 tahun.

Anggaran yang dapat adalah RM12052.

 

#3 : Buat pembiayaan ASB Financing

ASBF melatih kita untuk bayar setiap bulan kepada bank. Boleh juga cipta rekod CCRIS bagi mereka yang tiada rekod CCRIS setakat ni. Jaga betul-betul pembayaran ASBF ni supaya rekod cantik.

Mohon ASBF RM50K

  • Tiada lock in period
  • Tempoh pembiayaan 30 tahun
  • Takaful optional
  • Bulanan dalam RM275

 

Dividen yang dapat setiap tahun jangan usik dan biarkan compounding. Konsisten bayar setiap bulan. Katakan strategi kita kumpul deposit selama 3 tahun. Purata dividen 7.25%. Profit bank 5.2%.

Anggaran yang kita dapat adalah RM13933.

Pilih apa yang sesuai dengan kemampuan kewangan kita. Kalau nak menyimpan di Tabung Haji pun bagus. Nanti boleh daftar haji bagi mereka yang belum mendaftar haji. Dengan bermula sekarang, kita makin dekat dengan matlamat nak beli rumah.

 

Hanya korang yang tahu kemampuan kewangan korang, jadi janganlah ikut buta-buta contoh yang diberi. Bermula sikit sikit pun tak ada masalah. Yang penting bermula.

 

Contoh yang diberikan adalah strategi selama 3 tahun. Kalau nak beli rumah kurang dari 3 tahun, maknanya kena menyimpan lagi banyak lah. Peh!

.

Berminat nak buat ASBF dan perlukan guide? Saya boleh guide korang mengikut matlamat dan kemampuan kewangan korang. Boleh whatsapp saya terus untuk saya bantu secara percuma. Klik je link di bawah ni.

www.wasap.my/60193934800

 

 

 

 

Comments

comments