Macam mana nak beli rumah menggunakan KWSP?

0
165
Sumber : The Malaysian Times
Sumber : The Malaysian Times

Tahu tak korang boleh beli rumah guna duit KWSP korang?

Cuma mestilah ada syarat-syaratnya. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca maklumat yang kami dapat dari laman web KWSP ni.

Semoga bermanfaat.

Dokumen Diperlukan Dokumen Utama

  1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)
  2. Salinan dokumen pengenalan diri (jika bukan pemegang Mykad)
  3. Maklumat Akaun Bank (Ahli digalakkan membawa buku akaun bank atau salinan akaun semasa membuat permohonan)
  4. Borang KWSP 3 (pindaan) – jika pengecaman cap ibu jari gagal di kaunter / permohonan melalui pos

 

Kelayakan Memohon

  1. Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
  2. Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
  3. Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

 

Syarat Pengeluaran

  1. Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman
  2. Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :
  • Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
  • Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
  • Majikan ahli
  • Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
  • Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
  • Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
  • Secara tunai

3. Surat Perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan        diterima oleh KWSP

4. Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran            untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan        kemudian membeli rumah kedua

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang          dibenarkan oleh KWSP

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh              perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian

7. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-

  • Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
  • Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
  • Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
  • Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
  • Membeli rumah ketiga
  • Membeli rumah di luar negara

 

Amaun Yang Layak Dikeluarkan

(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

Sumber : KWSP
Sumber : KWSP

 

* Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh rujuk  KWSP atau Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan 03-89226000 *

Comments

comments