Lima perkara yang menghalang anda untuk beli rumah. Baca artikel ini sampai habis.

0
938

 

TAK TAHU
Bolehlah pergi ke seminar/talk hartanah. Target yang bawah RM100. Seminar free pun ada. Untung kita sekarang. Sifu-sifu hartanah banyak share ilmu di FB. Follow mereka dan baca post-post mereka atau beli buku-buku mereka. InsyaAllah anda akan tahu, bagaimana potensi pelaburan hartanah ini.

TAK BERANI
Anda jadi tak berani kerana anda tak tahu bagaimana nak bermula. Hakikatnya bila kita ada ilmu, dan bertindak dengan ilmu, kita akan lebih berwaspada dengan risiko-risiko yang bakal dihadapi. Mulalah dengan rumah murah-murah bawah RM150,000 untuk meminimakan risiko. Saya juga buat begitu.

TAK MAMPU
Kalau beli rumah, cukup ke duit nak makan best-best dan melancong nanti? Boleh lagi ke pergi shopping dan bayar kereta mahal ni? Jadi masalahnya bukan tak mampu, tapi tersilap memilih keutamaan.

TAK ADA SIMPANAN
Menyimpan duit bukan hanya kemahiran dan teori semata-mata, tapi ia juga adalah sikap. Ubah sikap, tetapkan matlamat nak simpan sampai berapa RM. Dan mulalah menyimpan 10% daripada gaji anda. Kemudian naik kepada 20%, 30% mengikut kemampuan.

TAK MAHU
Jika selepas baca post ini masih tak mahu bertindak, jangan menyesal bila harga rumah tetap naik nanti. Di saat kita tidak kisah dan tidak peduli, ada orang lain yang nampak peluang dan terus merancang dengan bijak.

 

Sumber : Facebook

Sumber gambar

Comments

comments