Lelaki ini kongsi perkara penting pelabur newbie perlukan untuk beli rumah

0
1492
Sumber gambar : hplawsd.com
Sumber gambar : hplawsd.com

Lagi awal anda mula merancang langkah untuk beli rumah, lebih baik. Yang suka cari alasan tu, lambat-laun akan rasa rugi juga. Sekadar berpesan supaya anda tak menyesal di kemudian hari.

Gaji banyak atau tak, tu bukan faktor yang halang untuk beli rumah seawal mungkin. Boleh je beli rumah kalau anda tahu apa yang diperlukan. Janji anda nak belajar sungguh-sungguh macam mana nak dapatkan rumah.

Kalau anda serius nak belajar ilmu ni, hadamkan elok-elok perkongsian ilmu ni.

Lepas ni, takde dah alasan tak boleh beli rumah seawal mungkin.

Apa yang anda perlukan untuk beli rumah?

#1: Duit Tunai (Cash in Hand)

Anda perlukan sedikit cash untuk memiliki rumah.

Ini biasanya adalah untuk membayar:

  • Booking fee
  • Deposit
  • Yuran guaman Sales & Purchase [S&P]
  • Perjanjian pinjaman [loan agreement]

#2: Booking Fee

Berapa booking fee yang anda perlukan?
Booking fee anda perlukan serendah RM1 (harga booking fee untuk memiliki sebuah rumah komersial “Under Cons” yang pernah saya jumpa di Klang Valley) atau mungkin setinggi RM15,000 (harga booking fee untuk memiliki sebuah rumah mampu “Under Cons” di kawasan Kuala Lumpur iaitu 5% dari harga rumah).

Booking fee biasa untuk rumah subsale pula ialah 3% (3.18% jika termasuk GST 6%) dari harga rumah.

Untuk rumah lelong pula, anda perlukan 10% dari reserve price.

#3: Deposit wajib ada

Berapa banyak deposit yang anda kena ada untuk beli rumah? 
Deposit mungkin anda perlukan 1% (jika anda bernasib baik untuk mendapat 9% dari pemaju (developer). Namun, kebiasaannya anda perlukan deposit sebanyak 10% dari harga rumah.

Untuk rumah subsale, anda perlukan lagi 7% dari harga rumah selepas membayar booking fee sebanyak 3%).

Bagi unit rumah lelong pula, anda perlukan 10% dari harga bidaan (bidding price) iaitu lebihan perbezaan antara reserve price dan bidding price (final price). Secara asasnya, anda perlukan 10% dari harga final bidding price.

Yuran guaman jangan lupa. Ada yang kita sebagai pembeli rumah kena bayar, ada yang boleh “capitalised” dalam pinjaman, ada juga yang ditanggung oleh pihak pemaju (developer). Yang ni lain kali citer lagi.

 

#4: Keupayaan untuk mendapatkan pinjaman

Anda mampu ataupun tidak nak dapat pinjaman rumah? 
Keupayaan atau kelayakan anda untuk mendapatkan pinjaman bank juga adalah faktor penting untuk memiliki sebuah (unless you are cash-rich, then mortgage loan is just an option for you!).

#5: Mampu bayar pinjaman?

Anda mampu ke tak nak bayar pinjaman secara konsisten? 
Tak kiralah anda seorang yang berpendapatan tetap (makan gaji) atau anda seorang yang berkerja sendiri (yang tak mempunyai pendapatan tetap, sole-proprietorship atau business owner), kemampuan (repayment capability) anda akan membayar ansuran bulanan pinjaman bank akan dikira oleh pihak bank sepanjang tempoh pinjaman (mungkin 25 tahun, 30 tahun atau 35 tahun bergantung kepada umur dan kelayakan semasa membuat pinjaman).

#6: Apa yang penting untuk memohon pinjaman bank?

Berapa pendapatan anda, jenis pekerjaan anda, sama ada lantikan tetap, lantikan kontrak atau bekerja sendiri akan menjadi ukuran dalam mempertimbangkan permohonan pinjaman bank anda.

Secara asasnya, mampukah anda membayar ansuran bulanan pinjaman bank anda sepanjang tempoh pinjaman?

#7: Berapa pula komitment bulanan anda?

Pernah ambil tahu berapa komitment bulanan? 
Walaupun anda seorang yang berpendapatan tinggi, namun komitment bulanan anda juga tinggi, peluang untuk anda mendapat pinjaman juga agak tipis.

  • Komitment ini akan dikira berdasarkan kiraan komitment dari penyata gaji (potongan pinjaman dalam slip gaji) serta kiraan komitment berdasarkan penyata CCRIS anda.
  • Kiraan komitment ini secara asasnya adalah untuk mengukur nisbah hutang ke atas pendapatan (Debt Service Ratio [DSR]).

Semakin rendah DSR anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat pinjaman bank.

#8: Net Disposable Income (NDI) cukup ke?

Apa pula NDI ni?

NDI ini adalah baki pendapatan anda selepas ditolak semua komitment pinjaman anda. Ada bank perlukan NDI sebanyak RM1,000 atau RM1,500 dengan mengambil-kira kawasan anda tinggal ataupun bekerja.

NDI untuk kawasan bandar yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding NDI yang diperlukan untuk pemohon luar bandar.

Rasionalnya adalah kerana kos sara hidup di bandar lebih tinggi berbanding kos sara hidup di luar bandar.

Kenapa bank pentingkan NDI ni?

NDI adalah faktor survival untuk membayar kos sara hidup atau membeli barangan keperluan lain seperti makanan, kos pengankutan, bil utiliti dan lain-lain lagi.

Dah tu jika semua gaji atau pendapatan digunakan untuk bayar hutang, duit nak makan takkan takde? Mana lagi penting?

Sekadar perkongsian yang tak seberapa. Setiap orang ada persepsi atau gaya ulasan yang berbeza. Raikan perbezaan, hargai persamaan.

Ok, sekian terima kasih.

Artikel ini telah disumbangkan oleh Tuan Firdaus Pay

 

Comments

comments