Kurangkan kos sara hidup anda dengan 7 langkah berjimat yang praktikal. Baca artikel ini sampai habis.

0
3881

 

Okey, hari ini saya nak kongsi sikit, langkah berjimat “Give & Take”. Apa yang saya rasa praktikal, yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian kita untuk mengurangkan kekangan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Langkah berjimat #1  Motosikal VS Kereta
Nak jimat ke tempat kerja, gunakanlah motosikal berbanding kereta. Boleh jimat minyak, jimat duit parking, boleh jimat bayar tol, yang bestnya boleh cilok kalau jem! Apalah naik motosikal tu bahaya lah, dah la basah kalau kena hujan. Tu la pasal kena “give & take”, saya ada ramai member walaupun ber”pangkat” tapi masih pergi kerja naik motor kapcai. Tak pun, sekali-sekali tu gunakanlah kemudahan pengangkutan awam.

Langkah berjimat #2 TV Berbayar VS TV Free
Nak tonton citer best kenalah langgan TV berbayar, citer kat TV Free “boring” ok! Okey fine! Saya tak pernah melanggan TV berbayar, nak tengok bola pergi tengok kedai mamak, nak tengok Maharaja Lawak Mega? Tunggu jer keluar kat Youtube.

Langkah berjimat #3 Larian Berbayar VS Larian Percuma
Sekarang dah jadi “trending” kan, setiap minggu ada larian di seluruh negara. Ingat free ke nak join larian tu? Kurang lebih RM100 jugak tau yuran penyertaan tu. Eh, jangan kecam saya. Saya tau anda mampu, cuma bagi saya, larian percuma pun keluar peluh jugak.

Langkah berjimat #4 Makan tempat mahal sekali-sekala, bayar gilir-gilir!
Satu benda yang saya akui, saya suka nak elak ialah saya suka makan benda sedap walaupun agak mahal. Tips saya selalu amalkan bersama kengkawan baik saya, kitorang geng yang suka makan sedap, jadi kitorang akan bergilir-gilir bayar setiap kali keluar makan. Ada “give & take”, persahabatan makin erat, perbelanjaan boleh jimat. Cuma jangan sesekali ambil kesempatan, kalau asyik orang lain jer bayar, nanti takde sape nak keluar makan dengan kau baru tau! Haha. Makan kedai mamak pun tak adalah murah sangat pun kan?

Langkah berjimat #5 Melancong Mewah VS Low Budget Travel
Melancong adalah salah satu hobi saya. Orang selalu cakap, kalau nak jimat melancong dalam negara jer. Betul, saya sangat setuju! Kerja saya dulu, saya dah pusing satu Malaysia buat “Branch Audit”. So, saya buatlah trip pergi “oversea” pulak “for my self-satisfaction”. Cuma ramai yang tak tahu, saya banyak melancong menggunakan “sponsored or subsidised oversea trip”. Saya belanja cikit jer untuk pelancongan saya, kebanyakannya pihak lain yang bayarkan kos “oversea trip” saya, cuma saya kena kerja keras untuk mereka. Sebagai contoh, saya buat “academic research paper” untuk pihak UiTM, dan UiTM akan hantar saya jadi “International Presenter” mewakili mereka di “International Conference” di luar negara. Bertuah nasib badan, kira “give & take” serta “win-win situation” la, UiTM dapat nama, saya dapat pergi “sponsored oversea trip”. Alhamdulillah. Eh, lagi satu yang paling penting, bab penginapan di luar negara, saya nak jimat, so saya “booking” penginapan kat “Malaysia Hall” jer. Murah giler, saya pergi Perth tempoh hari bayar AuD135 jer untuk 6 hari 5 malam. Nak pun trip low budget, jangan la “expect” kemudahan tempat penginapan kita macam hotel 5 bintang kot! Memang tak dapat la.

Langkah berjimat #6 Guna Kipas VS Air-Cond
Rumah saya tak ada Air-Cond, guna kipas jer. Nasib baik rumah tak ada Air-Cond, dapat jimat duit untuk perbelanjaan bil letrik. Bil letrik dulu, banyak bulan diberi “percuma” sebab penggunaan letrik kurang dari RM20! Kadang-kadang “support” la “earth hour”, gunakan peralatan letrik yang jimat tenaga. Tutup peralatan eletrik yang tak digunakan. Wah, macam iklan TV pulak rasanya.

Langkah berjimat #7 Rumah Sewa Mahal VS Sewa Murah
Saya duk apartment kos sederhana jer, sewa rumah saya sekarang hanya RM500 satu rumah, tu pun saya sublet bilik utama dengan bayaran RM300. Nak jimat kan? Ada jer caranya. Kita kena peka dan bijak dengan persekitaran kita jer. Tak sangguplah nak “tolong bayarkan” pinjaman perumahan tuan rumah terutama untuk rumah yang mahal sewanya. Buat apa nak sewa rumah mahal-mahal, tu bukan rumah kita pun. Baik kita beli rumah sendiri, kalau bujang boleh buat “sublet”. Ada sifu hartanah ajar saya, rumah sendiri kita duduk biarlah yang murah dan selesa, tapi rumah yang kita beli untuk disewakan, mahal pun tak apa, sebab penyewa yang bayarkan “ansuran bulanan pinjaman” kita. Tu baru mentaliti seorang pelabur. Lagi satu tips, carilah tempat yang sewanya murah, tak salah pun duk “Jinjang” asal sewa rumahnya murah, ni tak, nak tinggal kat “Damansara” jer, baru ada “klass”! Memang lah ada “klass”, sewa rumahnya pun ada “klass” lah (mahal weh!).

Ini hanya pendapat peribadi saya. Kalau anda mampu, silakanlah teruskan dengan cara hidup yang anda selesa.

Setiap orang ada kadar toleransi terhadap persekitaran yang berbeza dan langkah penjimatan yang berbeza.

Sumber : Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments