Anda serius nak tahu potensi anda dalam menilai harta? Baca tips mudah ni.

0
1236

Mesti ada yang pernah terlintas di fikiran , dengan gaji aku sekian-sekian , apa yang boleh aku lakukan? Boleh ke kumpul harta , berapa nilai harta yang boleh aku kumpul?

Abam Z nak bagi satu tips mudah untuk jawab soalan ini. Terbahagi pada 2 kumpulan / golongan.

1. Yang dah terjebak dengan hutang ( personal loan , kad kredit , kereta dan lain2 hutang kecuali hutang rumah / hartanah)

2. Golongan yang belum ada hutang.

Untuk golongan pertama (yang dah ada hutang) , pergi semak kat bank berapa nilai hutang peribadi ( personal loan) yang korang boleh ambil lagi?

Katakan nilai hutang sedia ada ( korang campur sedia ada) , katakan RM100K dan hutang yang boleh di buat lagi katakan RM50K , jumlahkan kedua-duanya ( yang lama dan yang boleh buat) , katakan RM150K , korang darab 10 = RM150K X 10 = RM1.5 juta , maka itulah nilai harta yang boleh korang kumpul menggunakan gaji korang , tapi sebab korang lebih suka kumpul hutang dari kumpul harta. Korang hadap la hutang tu.

Untuk golongan kedua , ianya lebih mudah , korang cuma perlu tanya pada bank berapa jumlah hutang pinjaman peribadi (personal loan) maksima yang korang boleh ambil , nilai tersebut darab 10 , katakan RM100K , maka RM100K X 10 = RM1 juta.

Sekarang korang dah tahu nilai harta yan boleh korang kumpul menggunakan gaji korang, Langkah seterusnya korang cuma perlu belajar cara untuk mengumpul harta-harta ini. Bukannya susah pun , korang sengaja cari susah. Cari guru , baca buku dan mula ambil tindakan untuk mengumpul harta-harta ini.

tips-mudah-kenal-potensi-harta

Sumber : Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments