“Konsep apa aku nak hias rumah ni?” – Amir

0
644

Dah berjaya memiliki rumah sendiri? Tahniah kami ucapkan sebab korang dah berjaya capai apa yang korang nak.

Bila dah ada rumah sendiri ni mestilah rasa seronok kan?

Salah satu perkara yang akan bermain di minda adalah

“Konsep apa aku nak hias rumah ni?”

Nak hias rumah pun kena tengok bajet dan konsep apa nak guna. Jangan membuta tuli je mix and match.

Sebelum korang makin pening, kami nak korang hadamkan perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad yang sangat awesome ni.

Perkongsian ni boleh memberi idea memilih konsep yang sesuai dengan selera korang. Jemput hadam.

Bagi kediaman kita selesa dan indah, kita perlu pilih satu konsep yang sesuai dengan gaya hidup kita. Elakkan campur aduk konsep kediaman.

 

Konsep #1 : Moden

Sumber : Azizul Azli Ahmad
Sumber : Azizul Azli Ahmad

1. Konsep ini lebih utamakan fungsi dari bentuk yang pelik pelik. Semua benda yang ada berfungsi.

2. Golongan yang sukakan konsep ini adalah orang bujang, orang yang sukakan suasana kemas, orang yang selalu travel, pasangan baru kahwin, ahli perniagaan.

3. Kelebihan konsep moden senang dibersihkan, ramai orang suka, perabot banyak di IKEA, mudah dipadankan, mudah dibentuk.

4. Kelemahan konsep moden mak datin rasa cepat bosan, tiada kerawang kerawang ukiran, tiada ciri khusus yang menonjol hampir semua perabot sekata.

5. Kos bagi konsep ini biasanya sederhana dan tinggi bergantung perabot yang kita pilih.

Pilih konsep yang kita suka dan kita selesa.

 

 

Konsep #2 : Hipster 

Sumber : Azizul Azli Ahmad
Sumber : Azizul Azli Ahmad

1. Konsep ini sedang jadi pilihan banyak rumah anak muda dan cafe cafe utama.

2. Ruang dalaman hipster mengambarkan suasana hiasan yang mempunyai kisah lampau dan timbulkan perasaan nostalgia.

3. Hiasan ini terdiri dari barang lama yang vintaj, peti surat lama, basikal, poster lama.

4. Konsep ini akan lebih hidup dan baik biasanya jika digabungkan dengan unsur industri seperti batu bata tanah liat, palet kayu, batang besi paip, lampu kilang.

5. Golongan yang sukakan hiasan sebegini orang yang rajin mengemas, sukakan nostalgia, sukakan hiasan bermakna, tiap hiasan ada cerita, orang kreatif.

6. Kebaikan konsep ini apa sahaja barang lama boleh dijadikan hiasan walau ianya telah rosak, mesin taip contohnya.

7. Kelemaham konsep ini perabotnya kadangkala tidak selesa dan tidak semua orang suka suasana industri dan retro. Jika tidak betul susunanya akan kelihatan semak dan sesak.

8. Kos ubahsuai untuk konsep sebegini biasanya sederhana dan rendah sahaja.

 

Konsep #3 : Minimalis 

Sumber : Azizul Azli Ahmad
Sumber : Azizul Azli Ahmad

1. Ruang minimalis biasanya membuang semua unsur atau perabot yang tidak diperlukan. Contohnya warna yang pelbagai.

2. Warna minamalis terdiri dari skema warna neutral iaitu dari hitam, kelabu dan putih.

3. Ruang ini hanya tonjolkan rasa elegan, cahaya, keluasan ruang, garis.

4. Kelebihan konsep minimalis mudah dijaga, dibersihkan, modal tidak banyak, senang nak pindah.

5. Kelemahan konsep minimalis ini kurang menonjol, susah nak menunjuk pada orang, orang kampung kata kita miskin dan papa kedana, cepat bosan dan tiada titik tumpu.

6. Golongan yang sesuai mengunakan konsep ini ialah pasangan baru kahwin, bujang, orang yang selalu berpindah kerja, orang bersara, orang yang sukakan ketenangan, orang yang suka keadaan kemas, golongan berpendidikan dan profesional.

Pilih konsep yang sesuai dengan diri kita, pedulikan apa orang kata.

Konsep #4 : Klasik 

1. Gaya klasik ini berasal dari Eropah, seperti gaya Inggeris, Roman, Renaissance.

2. Kesan jajahan Inggeris menjadikan gaya klasik Inggeris paling diminati satu ketika dulu hingga kini.

3. Perabot klasik memerlukan ruang rumah yang besar, gaya terserlah, mewah, beradun, kelihatan gah dari segi gaya dan nampak kaya.

4. Terdapat banyak unsur fabrik mewah, motif bunga besar, permaidani tebal, sofa baldu, warna keemasan dan perak serta lampu bergemelapan.

5. Gaya ini sesuai untuk golongan yang ingin jaga ‘standard’, kelihatan mewah, belanja besar serta ada rumah yang besar. Ia tidak sesuai untuk kediaman kecil.

6. Kelebihan gaya ini menjadikan orang kagum dengan kelas kita tersendiri dan mewah. Penghuninya seorang yang tertib.

7. Kelemahan gaya ini ia memerlukan penyelengaraan yang tinggi serta kos yang mahal. Jika tak ada bibik, kita jadi bibik rumah sendiri.

Golongan muda tidak begitu mengemari gaya ini, biasanya mak mak mereka mudah jatuh cinta gaya ini. Gaya ini paling banyak dalam Drama TV3

Azizul Azli Ahmad
Jabatan Senibina Dalaman

Dalam menghias ruang rumah, pilih yang sesuai supaya tak terjebak dengan pembaziran. Seronok memang seronok. Namun hati-hati. Silap langkah menghias, serabut mata nanti.

Dah dapat idea nak konsep yang macam mana? Alhamdulillah.

Perkongsian ni bermanfaat bagi korang? Silakan SHARE kat keluarga, kawan-kawan dan pasangan korang supaya mereka pun boleh dapat idea hias rumah.

 

Comments

comments