Komponen utama dalam membina harta ketika masih makan gaji

0
1214

Salam subuh , panjang sikit tajuk Abam tulis pagi ini , tajuk jer la yang panjang , isinya tak panjang mana. Korang jaga baik-baik komponen yang Abam senaraikan di bawah.Ramai yang rasa tertekan dari segi kewangan bukan sebab tak cukup duit tapi sebab tak ikut aturan. Modal korang untuk membina harta kekayaan ada pada komponen-komponen ini.

Bagi yang kerja swasta :-
1. Gaji
2. Simpanan bulanan
3. KWSP
4. Payslip

Bagi penjawat awam :-
1. Gaji
2. Simpanan bulanan
3. Payslip
4. Pinjaman Perumahan Kerajaan

Paling utama , jangan salah aturan , kucar kacir hidup. Sebagai contoh :-

Simpan dulu baru berhutang , bukan berhutang dulu baru nak menyimpan.

Beli rumah dulu , baru beli kereta , bukan beli kereta dulu baru nak beli rumah.

Kumpul harta dulu baru kumpul beban bukan kumpul beban dulu baru nak kumpul harta.

Guna kemudahan pembiayaan bank dulu baru guna kemudahan pembiayaan perumahan kerajaan bukan buat pinjaman kerajaan lepas tu baru terhegeh nak pinjam dari bank.

Berniaga dengan bermodal akal dan kudrat dulu baru kembangkan perniagaan dengan wang , bukan berniaga bermodalkan wang lepas tu baru nak guna akal dan kudrat.

Belanja ibu bapa dulu baru diri sendiri dan girlfriend , bukan belanja diri sendiri dan girlfriend baru terfikir nak belanja mak ayah.

Beli rumah yang dah siap dulu lepas tu baru la mencuba beli rumah yang baru nak bina bukan beli yang baru nak bina nanti kang beli tak siap-siap sendiri yang merana.

Sudah menjadi fitrah manusia , kita merangkak dulu baru berjalan dan seterusnya berlari. Kelam kabut hidup kalau cuba melawan fitrah , tiba-tiba nak terus berlari sebelum belajar merangkak.

Belajar membaca dari pengalaman orang lain dulu , sebab itu Abam galakkan muat turun ebook ini http://bit.ly/otai_beli_hartanah sebelum nak masuk kelas beratus dan beribu ringgit atau cuba-cuba buat sendiri dan hangus puluhan atau ratusan ribu ringgit.
Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleTips kewangan yang berkesan
Next article40 tips selamatkan wang anda. Penulis ini berkongsi cara mudah berjimat.
Zaidi Ismail
Merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan” sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi 1000 ahli diseluruh Malaysia.