Ketahui cara semak CCRIS dan CTOS anda sebelum pembiayaan perumahan ditolak. Baca artikel ini sampai habis.

0
6658

Jika korang berminat nak membeli hartanah dan membuat pembiayaan perumahan dengan pihak bank, korang kena mencantikkan profile kewangan, CCRIS dan rekod CTOS.

Ramai lagi yang konfius mengenai CCRIS dan CTOS. Pengetahuan penting untuk memastikan permohonan pembiayaan perumahan korang diluluskan dengan mudah dan cepat. Jadi, ayuh belajar bersama-sama. Moga manfaat.

 

CCRIS (Central Credit Reference Information System) merupakan rekod pinjaman daripada institusi kewangan. Ia merupakan satu sistem yang mengumpulkan maklumat individu yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan membekalkan semula kepada institusi kewangan. Ia adalah rekod pembayaran balik pinjaman. Contohnya:

i. Pembiayaan kereta
ii. Kad kredit
iii. Pembiayaan peribadi
iv. Pembiayaan perumahan
v. Pembiayaan ASB

Laporan CCRIS ini penting untuk pihak bank tahu tahap disiplin pembayaran balik komitmen tersebut. Laporan CCRIS boleh disemak di Bank Negara Malaysia dan juga di cawangan BNM. Di situ ada kiosk dan masukkan saja Mykad dan imbas ibu jari.

 

Manakala CTOS (Credit Tip Off Service) merupakan Sistem Informasi Rujukan. Korang akan kena CTOS jika ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang. Kadangkala korang tak sedar pun korang kena CTOS disebabkan menjadi penjamin pada adik beradik ataupun saudara mara. Kalau dah kena CTOS ni, wajib langsaikan dulu hutang yang tertunggak tu.

Hutang korang yang bukan dengan bank akan direkodkan dalam CTOS. Contohnya:

i. Courts
ii. Kedai motor
iii. Singer
iv. AEON Credit
v. Bil dengan syarikat komunikasi
vi. Syarikat lain yang korang berhutang dengan bayar secara ansuran

 

CCRIS hanya memaparkan rekod 12 bulan ke belakang. Jika bayaran bulanan tertunggak, lepas bayar balik, sistem akan dikemaskini setiap 15 haribulan. Jika CCRIS barai, selepas setahun dia akan hilang kalau korang langsaikan hutang tersebut. Korang kena hilangkan dulu angka selain kosong tu sebelum memohon pembiayaan perumahan.

CTOS pula, jika korang bayar penuh ia akan direkodkan, tarikh bila korang buat bayaran tu. Maksudnya rekod korang pernah di CTOS masih wujud. Tapi rekod CTOS ini akan terhapus selepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh dilakukan. Korang kena buat bayaran penuh dan pergi semak dekat CTOS adakah nama korang dah clear atau tak. Kalau tak clear lagi boleh tunjuk surat full settlement.

Dua sistem ini berbeza. CCRIS adalah di bawah seliaan BNM dan CTOS pula merupakan agensi luar yang tidak mempunyai kaitan dengan BNM. CCRIS dan CTOS tidak bankrapkan korang sampai lah hutang tertunggak yang korang tak mampu bayar melebihi RM30K. Korang hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah melalui permohonan pemiutang.

 

Jadi, macam mana nak semak sama ada CCRIS dan CTOS korang cun ke tak?

A. Nak semak CCRIS:

i. Semak CCRIS di kiosk BNM dan cawangan
ii. Semak di cawangan AKPK
iii. Semak menerusi online secara percuma:

http://creditbureau.bnm.gov.my/BMreportobtain.html

Post FB cara-cara semak CCRIS secara online percuma:

https://m.facebook.com/story.php…

***

B. Nak semak CTOS:

i. https://ctosid.ctos.com.my/ctosid_new/SimpleRegister?

ii. Aplikasi CTOS di Google Play Store / Apps Store:

1. Download aplikasi CTOS
2. Tekan button Sign Up untuk pertama kali.
3. Isikan semua maklumat yang diminta, emel wajib emel yang aktif.
4. Korang perlu upload gambar IC korang untuk pengesahan. Edit la dekat gambar tu (FOR CTOS USE ONLY).
5. Selesai semua diisi, tekan Submit untuk pihak CTOS hantarkan maklumat. Biasanya 3 jam waktu bekerja dan mungkin lebih lama lagi.
6. Korang akan terima laporan kewangan melalui emel.
7. Boleh tengok score kredit meter juga untuk tahu profil kewangan korang power ataupun tidak.

 

Sudah dapat beza? Baguslah. Dah nampak sikit-sikit tu kira okay lah. Takdelah bila orang kata CCRIS tu nama lain bagi Raja Yahudi Di Zaman Empayar Rom pun korang percaya terus.

Kalau CCRIS sangkut memang bank takkan layan permohonan pembiayaan perumahan korang. Kalau hutang sedia ada pun tak mampu nak bayar, macam mana nak bayar ansuran hutang yang baru. Ye dak?

Sekarang ni, PTPTN pun masuk CCRIS juga. Korang tak payah acah-acah konfius nak beli rumah ataupun nak pergi travel dulu. Bayar PTPTN dulu lah. Bayar dengan jumlah yang ditetapkan dan tetap pada masanya. Bila tak bayar PTPTN, makin banyak tunggakan. Korang tak leh beli rumah, nak ke luar negara pun tak dapat. Kakakaka.

Jadi, jika dah ada hutang dengan bank tu, janganlah tangguhkan bayaran. Kalau setiap bulan korang barai nak bayar hutang ataupun bayar lambat, kemungkinan besar pihak bank akan beranggapan korang ni merupakan individu yang berisiko tinggi. Maka, permohonan pembiayaan perumahan korang akan ditolak.

Kesimpulannya, dah reti nak berhutang tu, bayarlah ye. Jangan sampai air mata keinsafan menitis di kemudian hari.

 

Sumber artikel disini

Sumber gambar

Comments

comments