Kesilapan kewangan

0
1329

Kalau buat dosa pun boleh bertaubat dan mohon pengampunan , inikan pula kesilapan atau kesalahan kewangan , yang mudahnya tentang kewangan ialah jika berlaku kesilapan , ianya boleh di strukturkan semula. Bukan kena hukuman mati.

Kewangan hanyalah nombor , dan nombor-nombor ini boleh dikira (kecualilah korang tak reti mengira) dan ia hanyalah aritmetik (yakni , campur , tolak , kali dan bahagi sahaja) bukannya perlu fungsi algebra atau matematik kompleks.

Kalau salah berhutang , hutang boleh dijual
Kalau salah beli rumah , rumah boleh dijual
Kalau salah beli kereta , kereta boleh dijual
Kalau salah beli motor , motor boleh dijual.

Kalau sudah dijual , strukturkan semula kewangan , beli la balik.

Beli semula rumah yang betul (mampu).
Beli semula kereta yang betul (mampu).
Beli semula motosikal yang betul (mampu).
Kalau tak mampu nak balik kampung setiap bulan , balik 2-3 bulan sekali.
Kalau tak mampu berbelanja mewah , belanja seadanya sahaja.
Kalau tak mampu nak bagi anak macam-macam , ajar anak realiti kehidupan.
Kalau dulu kumpul beban , sekarang kumpul harta.

Bila sudah mampu , balik kampung setiap minggu pun tiada salahnya , nak beli 20 biji kereta pun beli la , nak bercuti setiap bulan pun silakan, tidak menyusahkan dan tiada siapa yang melarang. Ya , semua ini memerlukan masa, tapi kalau korang dah bertahun-tahun buat silap , takan tak boleh sabar beberapa bulan atau setahun dua. Kota Rome bukan dibina dalam setahun dua , Nabi nak sampaikan mesej Islam pun makan bertahun-tahun , agak-agak la.
Abam tak nampak pun apa masalahnya , ianya mudah dan praktikal , yang menjadi susah adalah diri sendiri (ego dan emosi). Kalau tak boleh nak kawal keduanya , jangan cerita tentang penyelesaian masalah kewangan kerana ianya tidak ujud , yang ada cuma masalah dalaman.

Bagi yang minat kumpul harta boleh muat turun ebook 200 mukasurat disini : —–> http://bit.ly/otai_beli_hartanah

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleSimpanan wang yang efektif
Next articleTips kewangan yang berkesan
Zaidi Ismail
Merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan” sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi 1000 ahli diseluruh Malaysia.