Kenapa ramai pelabur hartanah nampak sengkek saja?

0
828

Salam semua. Baru baru ni dalam Sarjana Hartanah di JB saya kongsikan yang ramai pelabur hartanah yang saya kenal, majoritinya nampak sengkek dan miskin. Kebetulan, tengah saya cerita mengenai kawan pelabur saya yang nampak miskin, salah seorang dari kawan pelabur saya dari Singapura datang buat lawatan mengejut ketika saya sedang mengajar dalam Sarjana Hartanah.

Beliau merupakan contoh bagaimana pelabur hartanah tegar dan hebat yang memakai biasa biasa sahaja. Beliau turun ke Johor Bharu dari Singapore dengan menaiki motor, dan berpakaian biasa. Sikit pun tak nampak kaya tetapi beliau memiliki beberapa hartanah di Singapura dan Kuala Lumpur yang sudah tiada pinjaman bernilai lebih RM10 juta. Siap datang bawa durian musang king untuk dihadiahkan kepada saya, alhamdulillah dan terima kasih Uncle L!

Dan majoriti yang saya nampak, majoriti pelabur hartanah yang power tidak suka menunjuk-nunjuk kekayaan mereka. Sebagai contoh, saya kenal :

1. Pelabur hartanah yang ada cashflow Rm10k bersih sebulan dan tiada kereta sendiri. Hanya pinjam proton wira lama kepunyaan bapa mereka untuk berjalan.

2. Sifu flipper saya boleh buat RM1juta keuntungan setahun tapi hanya bawa Grand Livina saja.

3. Ada kawan beli kedai sebijik lebih Rm7juta, tapi bawak kereta Hyundai lama saja.

4. Uncle L, portfolio berpuluh juta tapi naik motor saja dari Singapore ke JB. Beliau memang lebih suka naik motor kemana sahaja.

5. Ada kawan yang beli kedai 5 bijik, tapi rumah sendiri mereka prefer menyewa sahaja.

Ada mereka kisah apa yang orang cakap mengenai penampilan mereka? Sikit pun mereka tak kisah. Gambarajah yang saya kongsikan menunjukkan yang networth atau nilai seorang pelabur hartanah ( warna hijau) bersembunyi di belakang tabir, dan kita biasanya tak nampak langsung. Setiap hari, nilai mereka terus naik tapi kita nampak mereka semua biasa saja.

Jack Ma, Mark Zuckerberg dan Steve Jobs semuanya berpakaian sempoi sahaja sebab mereka faham yang tiada gunanya nampak bergaya kalau kita sebenarnya papa, kan?

Sumber : Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments