“Kenapa permohonan pembiayaan perumahan saya ditolak?” – Syah

0
1156

 

Korang ada plan nak beli rumah tahun 2018 ni?

Usaha yang bagus. Bagi yang dah mula bertindak, tahniah kami ucapkan.

Sebelum mula membeli hartanah, pastikan korang tambah ilmu supaya korang tak terlepas apa-apa yang penting.

Kali ni kami nak kongsikan tulisan Tuan Amir Syahir tentang kenapa permohonan pembiayaan perumahan boleh ditolak.

Jom baca sampai habis. Semoga urusan pembeliaan hartanah korang berjalan lancar.

Nak beli rumah ni bukan hari ni rasa nak pergi beli esok terus pergi beli. Perlu ada persediaan yang rapi. Kalau tak, permohonan pembiayaan perumahan kau kena tolak nanti.

Memiliki rumah adalah impian semua individu. Penat lelah bekerja selama ini ada hasilnya. Bayar bulan-bulan, akhirnya jadi milik kita.

Kita pun bukan selamanya jadi penyewa. Bayar bulan-bulan, rumah tu bukan jadi milik kita pun akhirnya.

Membuat pembiayaan perumahan daripada pihak bank ada yang mudah lulus. Tak lupa juga ada yang susah lulus. Dan ada juga kes yang tak pernah lulus. Kau jangan ingat gaji kau RM4K bank boleh luluskan pembiayaan perumahan kau.

Kenapa boleh jadi macam tu? Semakin tahun, polisi bank dilihat akan jadi lebih ketat.

 

Antara sebab bank tolak pemohonan kita adalah:
.

#1 : Bina dan kukuhkan kewangan

Bank akan memberi pinjaman perumahan pada mereka yang mampu dari segi kewangan.

Pastikan tiap bulan ada lagi simpanan dalam akaun bank. Jangan tinggal berbelas Ringgit je tiap akhir bulan. Jangan buat hutang jahat dan hutang yang tak perlu.

Komitmen hutang janganlah terlalu tinggi. Biar DSR bawah 60%.

Ansuran PTPTN pun tak nak bayar, mana mungkin bank nak luluskan pinjaman perumahan korang. Tabiat menyimpan pun penting.

#2 : Rekod CCRIS mesti cun melecun

Mempunyai rekod pembayaran balik pinjaman yang tak begitu cun. Tambah pula tak berdisiplin untuk membayar balik pinjaman yang telah dibuat.

Kalau teruskan, sampai bila-bila pun loan korang susah nak lulus.

Rekod ni boleh disemak di Bank Negara Malaysia, atau secara online di www.creditbureau.com.my.

#3 : Semua orang patut tahu pasal ini

Cuba semak rekod CTOS sebelum buat permohonan. Biasanya ramai tak sedar mereka kena CTOS disebabkan jadi penjamin.

Ada juga yang menjual kereta pada kawan, dan suruh kawan sambung bayar. Kawan tu tak bayar. Nama dia (penjamin) kena blacklist.

#4 : Lengkapkan apa yang perlu

Bank tak suka orang yang tak mempunyai dokumentasi yang lengkap.

Pegawai bank yang uruskan pinjaman mungkin ada 40 hingga 50 permohonan perlu disemak. Kalau dokumen tak lengkap, amat menyusahkan pegawai itu.

Sediakan maklumat peribadi, pendidikan, tempat kerja, pengalaman kerja, nombor telefon pejabat, surat pengesahan kerja, dan sebagainya dengan lengkap.

#5 : Faktor pekerjaan

Dengan ekonomi yang tak menentu, amat penting bank menyemak di mana kita bekerja.

Perkara yang akan diambil kira seperti pengalaman kerja dan tempoh bekerja. Jika kerja kurang setahun, kepilkan surat lantikan ataupun surat tawaran kerja korang tu.

Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.

#6 : Bank senang kerja bila korang sediakan semua ini

Senaraikan dengan lengkap:

i. Pendapatan (tiga bulan penyata gaji terkini, elaun, pendapatan sampingan), komitmen/hutang (pembiayaan peribadi, kereta, kad kredit, koperasi, dan lain-lain)

ii. Pelaburan (ASB, emas, perak, unit amanah, saham, dan lain-lain)

iii. Simpanan (bank, tabung, Tabung Haji, KWSP, dan lain-lain)

iv. Cukai dan zakat, sedia bukti dokumentasi pendapatan, pelaburan dan simpanan.

Kalau yang ni kita buat sambil lewa saja, ada potensi permohonan kita bakal ditolak.

#7 : Lokasi juga memainkan peranan

Kebanyakan pinjaman perumahan ditolak kerana rumah tu berada di pedalaman atau tempat terpencil. Kurang mendapat permintaan.

Bank juga akan menolak pinjaman perumahan daripada pemaju yang disenarai hitam oleh Kementerian dan agensi berkaitan.

#8 : Cantikkan skor kredit

Skor kredit berdasarkan analisis dan tahap pembayaran balik kita berdasarkan rekod CCRIS.

Ia menunjukkan kita bijak menguruskan wang.

Antara yang dinilai adalah rekod CCRIS, kad kredit lebih had penggunaan, corak pembayaran balik, bilangan kad kredit, dan sebagainya.

 

Tahun ini permohonan pembiayaan perumahan korang tak lulus? Terus cuba lagi. Baiki yang mana kurang.

Aku tak de lah arif sangat tentang prosedur bank. tapi selalu bertanya pada kenalan yang kerja di institusi kewangan.

Sekiranya Bank A tak lulus loan, boleh cuba di bank lain. Setiap bank gunakan SOP mereka yang tersendiri. Kah!

 

Jika kita baru nak bermula untuk capai impian beli rumah, tak apa. Masih belum terlambat. Janji korang mulakan dari sekarang. InsyaAllah satu masa nanti korang boleh capai apa yang korang target.

Silakan SHARE perkongsian ni kepada keluarga dan kawan-kawan yang lain biar sama-sama tahu ilmu best ini.

 

Comments

comments