Kenapa hartanah bawah 200K tak digalakkan beli? Ikuti perkongsian dari pakar hartanah ini.

0
2448

Salam semua, baru-baru ni dalam program Sarjana Hartanah dan juga program hari ni anjuran Richworks, saya ditanya ok ke kalau beli rumah lowcost atau rumah murah. Hari ni, saya nak kongsikan yang saya tak galakkan atas sebab sebab berikut.

1. Biarkan rumah murah bawah 200k untuk mereka yang kurang mampu. Kalau gaji kita lebih 5k, janganlah kita kacau rumah yang disediakan khas untuk orang yang kurang berkemampuan.

2. Rugi pakai 90% loan untuk rumah murah. 90% loan patut kita pakai utk hartanah paling mahal kita mampu dan masih selamat dan logikal untuk dibeli. Bila dah habis pakai semua 6 cara yang saya kongsi dalam Sarjana Hartanah untuk atasi 70% LTV dan tiada jalan lain, barulah explore nak beli rumah kos sederhana. 30% dari hartanah 200k adalah RM60k, tapi 30% dari hartanah 500k adalah 150k. Kena strategik sikit kalau nak guna loan 90%.

3. Saya prefer beli 4 hartanah untuk dapat rm20k sebulan passive income berbanding beli 12-15 hartanah untuk dapat 20k sebulan. Lebih mudah untuk jaga 4 hartanah berbanding jaga 12-15 hartanah untuk dapat result yang sama.

4. Hartanah jenis mass market kalau beli yang betul boleh bagi capital appretiation dan rental yang mantap.

5. Networth lepas 20-30 tahun akan berbeza untuk rumah low cost berbanding lawan rumah mass market.

Senang ke nak beli hartanah nilai 300k-600k yang cashflow positif? Memang bukan mudah tapi bukan mustahil juga. Hartanah saya yang VP tahun 2015-2016 ada yang boleh bagi cashflow 4-angka. Ada student Sarjana Hartanah yang yang beli hartanah yang installment mereka baru RM2700 tapi sekarang disewakan pada lebih RM4000 sebulan menggunakan cara pemilihan hartanah dan penyewaan yang saya kongsikan dalam Sarjana Hartanah tahun lepas. Saya gembira dengan pencapaian beliau sebab orang lain nak dapat break even pun susah, tapi beliau dapat cashflow positive 4-angka. Alhamdulillah.

Tak semestinya kena membeli berpuluh hartanah baru boleh jadi senang. Beli 4-8 pun dah okay kalau beli benda yang betul. Kualiti lebih penting dari kuantiti. Singa tak perlu memburu setiap hari, sebab sekali dia memburu, cukup untuk makan berminggu. Lembu pula, hari hari kena cari port rumput baru.

Boleh nilai sendiri strategy pelaburan kita samaada kita tiru singa atau lembu dalam pelaburan hartanah?

Sumber : facebook

Sumber gambar

Comments

comments