Kenapa anak muda digalakkan untuk beli rumah secepat mungkin?

0
2264

 

“Kenapa anak muda yang harus membeli rumah secepat mungkin?”

Untungnya mereka yang masih bergaji bawah RM3,000. Mereka masih dalam kategori golongon yang bernasib baik. Kenapalah saya dulu tak beli rumah kos rendah sementara masih layak? Sekarang ni memang tak dapatlah nak beli di pasaran subsale.

Selain daripada komitment bulanan masih rendah dan kerajaan sedang menyarankan pemilikan rumah pertamaku dengan pinjaman sehingga 100%.

Loan senang lulus untuk mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 jika masih belum mempunyai komitment pinjaman lain.

Rugilah sesiapa yang baru mulakan kerjaya, dah beli kereta mahal-mahal, guna kad kredit tak terkawal dan muda-muda dah minta pinjaman peribadi (ehem2 terutama untuk belanja kahwin)

3 pinjaman di atas adalah antara sebab utama kenapa pemuda di Malaysia di isytihar “Muflis” di usia yang muda mengikut kajian yang pernah dijalankan.

Pemohon Berisiko Tinggi bagi Bank

Pemohon-pemohon “High Risk” bagi golongan muda:
1. Pemohon yang berpendapatan di bawah RM3,000 dan mempunyai “personal loan” akan di anggap sebagai pemohon yang “high risk”.
2. Pemohon yang tidak mempunyai rekod CCRIS atau rekod CCRIS kurang dari 2 tahun yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah
3. Pemohon yang berusia lebih 30 tahun tetapi tak pernah mempunyai rekod CCRIS
4. Pemohon yang muda (kecuali graduate) dari golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000, dengan pengalaman kerja kurang dari 1 tahun di syarikat kecil (small company/ business)
5. Selalu bertukar kerja (job hoppers) atau bertukar alamat kediaman.

 

Takde CCRIS pinjaman perumahan terus “Reject“?

Bagi saya, statement tu yang tak tepat sepenuhnya, pemohon pinjaman yang tak ada rekod CCRIS cuma tersenarai sebagai pinjaman berisiko tinggi, bukannya terus pinjaman akan terus di “reject”.

Peminjam berisiko tinggi ni, bank masih akan bagi pinjaman cuma tapisan dari pihak bank lebih ketat. Kita kenalah belajar pasal “mitigating factor” pulak, untuk memberi peluang yang lebih cerah untuk pinjaman kita senang diluluskan oleh pihak bank.

Gaji RM2,500 / RM3,000 kecil dan sikit?

Anda silap, sebenarnya anda golongan yang sangat bernasib baik. Masa inilah masa yang sesuai untuk rebut rumah kos rendah yang di tawarkan oleh kerajaan tempatan. Cuma sidikit ilmu celik kewangan adalah sangat penting untuk mengukuhkan kewangan anda.

Antara sebab utama yang lain ialah kerana anak muda yang berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau berpendapatan RM3,000 sebulan di Selangor masih layak untuk membeli dan memiliki rumah kos rendah.

Ini merupakan syarat sekatan had pendapatan (maximum salary restriction) yang di syaratkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Setelah pendapatan sebulan kita melebihi syarat sekatan had pendapatan sebulan ini, maka kita sudah tidak layak untuk membeli atau memiliki skim rumah kos rendah ini. Syarat-syarat pemilikan rumah kos rendah ini berbeza mengikut pihak berkuasa tempatan mengikut negeri masing-masing.

 

SYARAT-SYARAT PEMILIKAN RUMAH KOS RENDAH DI WILAYAH PERSEKUTUAN

 

RUMAH JUAL (DBKL)
1. Suami dan isteri adalah warganegara Malaysia
2. Telah Berkahwin
3. Pendapatan suami/isteri tidak melebihi RM2,500.00 untuk kos rendah
4. Pemohon hendaklah tinggal atau bekerja di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
5. Tidak mempunyai rumah atau tanah dalam lingkungan 35km dari pusat bandar
6. Berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti
7. Berkelayakan mendapatkan pinjaman dari bank / majikan / pinjaman perumahan kerajaan.

(Di rujuk daripada website DBKL)

 

SYARAT-SYARAT PEMILIKAN RUMAH KOS RENDAH DI SELANGOR

#1: LATAR BELAKANG SELANGOR

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat ‘Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna’. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.
Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampumilik dikenali sebagai Rumah Selangorku

#2: Syarat Rumah Kos Rendah Selangor

  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
  3. Bermastautin di Selangor.
  4. Satu keluarga satu permohonan sahaja.
  5.  Belum memiliki rumah.
  6. Pindahmilik hanya selepas 5 tahun

(Di rujuk daripada website LPHS)

 

TIADA SEKATAN HAD PENDAPATAN UNTUK UNIT LELONG

Setelah rumah kos rendah ini di lelong, maka sekatan syarat pendapatan secara “automatik” terbatal. Maka sesiapa sahaja layak untuk memiliki rumah kos rendah ini di bawah pembelian bidaan lelong.

 

Rumah kos rendah mempunyai peluang “rental income” yang tinggi, cuma rumah kos rendah tak mempunyai peluang “capital appreciation” yang lebih tinggi berbanding rumah kos sederhana. Ini mungkin kerana kekangan sekatan had gaji untuk membeli rumah kos rendah. Dengan itu, pasaran rumah kos rendah agak terhad di pasaran sekunder (subsale).

 

Disclaimer: Maklumat ini berdasarkan kajian dan pendapat persendirian, maklumat semasa mungkin berbeza daripada maklumat yang di perolehi dari “website” pihak berkuasa tempatan yang mungkin tidak di kemaskini.

Sekian, terima kasih.

Semoga bermanfaat.

Artikel ini telah dikongsi oleh Tuan Firdaus Pay

Sumber gambar

Comments

comments