Kedekut pada diri sendiri

0
631

1. Nak beli rumah yang berharga puluhan malah ratusan ribu ringgit tapi kedekut nak keluar puluhan dan ratusan ringgit untuk masuk kelas dan belajar cara beli rumah dengan betul dan elak kerugian ribuan , puluhan dan ratusan ringgit.

2. Nak beli kereta puluhan ribu ringgit tapi punyalah kedekut untuk belajar cara beli kereta secara tunai dan sanggup rugi membayar faedah / keuntungan ribuan ringgit kepada pihak bank.

3. Nak berhutang atau bayar hutang ribuan , puluhan , ratusan dan jutaaan ringgit tapi kedekut dan malas nak jumpa sifu & mentor dan belajar cara “hedging” dengan betul bagi menyelamatkan ribuan , puluhan , ratusan dan jutaan ringgit tersebut.

4. Nak mula berniaga dengan modal ribuan , puluhan , ratusan dan jutaan ringgit tapi punyalah pemalas dan kedekut nak belajar kaedah mandiri bagaimana modal perniagaan dapat diselamatkan jika perniagaan tidak menjadi dan gulung tikar supaya mempunyai modal untuk membuka perniagaan lain bagi kali ke 2 , 3 , 4 dan seterusnya macam golongan TiongHwa.

5. Nak buat apa sahaja yang melibatkan kewangan. pemalas dan kedekut yang amat sangat untuk keluarkan sedikit *modal belajar sebelum bermula dan sanggup membayar yuran kebodohan 2 keturunan belum tentu habis bayar.

Belajar tinggi-tinggi sampai menara gading tidak menjamin mempunyai sikap , tabiat dan Ilmu untuk bijak dalam mengurus kewangan , oleh itu carilah mereka yang mempunyai kepakaran didalam tersebut supaya tangan dan hati tidak terbakar kelak.

*Modal – termasuklah masa dan tenaga , tidak semestinya hanya wang ringgit.

‪#‎PU2015

Sumber : Facebook

Sumber gambar : Gambar

 

Comments

comments

SHARE
Previous articleKenapa orang melayu susah nak kaya?
Next articleMulakan matlamat kewangan anda sekarang
Zaidi Ismail
Merupakan seorang pelabur, pemilik perniagaan dan juru runding yang terlibat didalam industri telekomunikasi lebih 15 tahun. Merupakan Pengasas “Urusinsan” sebuah komuniti atau kelab celik kewangan dan pelaburan yang mempunyai keahlian melebihi 1000 ahli diseluruh Malaysia.