Kalau pelajar tahu 11 tips menyimpan ini, lepas graduate gerenti dah ada simpanan

0
1846
Sumber gambar: www.bcna.com
Sumber gambar: www.bcna.com

“Saya tengah belajar. Boleh ke nak menyimpan?”

Bila dah belajar kat universiti atau kolej, masa ni lah kita akan bina karakter kita. Sama ada kita nak teruskan enjoy atau mula belajar berdikari.

Tambah-tambah bila dah jauh dari orang tua, lagilah kena belajar urus sendiri. Masa belajar memang boleh tahan pakai duit yang banyak. Tapi kalau tak kawal, boleh jadi korang akan boros.

Apa kata baca perkongsian yang kami dapat dari Tuan Mior Hafis Mior Ahmad ni? Mana tahu ia boleh bantu korang rancang dan urus kewangan secara bijak bermula dari waktu belajar lagi.

Tips Penjimatan Wang Pelajar Kolej

 

 #1: Kemana Wang Anda Pergi

Adalah penting untuk mengetahui di mana anda membelanjakan wang anda. Ini akan membolehkan anda membina tabiat perbelanjaan yang lebih baik. Catit dan rekodkan ia.

 

#2: Buat Belanjawan

Buat anggaran pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda. Ini memudahkan anda untuk menguruskan bajet bulanan.

 


#3: Hidup Seperti Pelajar

Realitinya ialah anda seorang pelajar kolej. Jadi hiduplah seperti orang tidak boleh membelanjakan wang sesuka hati dan tidak kena pada tempatnya. Walaupun ia mungkin susah, hidup seperti pelajar akan meletakkan anda dalam situasi kewangan yang lebih baik apabila anda lulus kelak.

 

#4: Jangan Menyalahgunakan Wang

Bertanggungjawab dengan wang anda. Hanya menggunakan untuk apa yang anda benar-benar mampu bayar setiap bulan dan pastikan ia sesuai dengan anggaran anda.

 

#5: Tiada Apa Yang Mustahil

Walaupun kelihatannya mustahil untuk menabung, teruskan juga mencuba, walaupun hanya RM 10 seminggu. Simpan wang simpanan dalam akaun simpanan dimana kad ATM tidak ada pada anda bertujuan supaya tidak mudah diakses.

Contoh simpanlah dalam akaun ibu bapa anda. Jika anda sedang sesak anda boleh menggunakan wang tersebut dan tak perlu minta pada ibu bapa.

 


#6: Simpan

Pastikan menyimpan resit, dokumen pinjaman pelajar dan penyata kewangan lain. Anda tidak tahu bila anda perlu merujuk kepada dokumen-dokumen ini.

 

#7: Betul Ke Kamu Memerlukannya?

Salah satu tips penjimatan wang yang paling penting adalah untuk tidak mengikut nafsu apabila membeli. Tunggu beberapa hari dan lihat jika anda masih memerlukan barang tersebut. Kadang-kadang keinginan tersebut akan hilang setelah beberapa hari.

#8: Cipta Skor Kredit

Pastikan anda membayar bil tepat pada masanya, setiap masa. Walaupun ini mungkin kelihatan perkara mudah, membayar tepat pada masanya adalah faktor yang besar dalam mempunyai skor kredit yang baik.

#9: Jadilah ” Cheapskate”

Banyak universiti/kolej menawarkan aktiviti percuma atau murah di kampus yang akan memberikan peluang untuk anda bersosial tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi. Ambil peluang untuk turut serta dalam aktiviti ini.

#10: Gunakan Status Pelajar

Banyak tempat yang akan memberikan anda diskaun hanya untuk mereka yang bergelar pelajar. Cari tempat yang menawarkan penjimatan apabila anda menunjukkan kad pelajar anda. Contohnya seperti pusat reakreasi, bowling dan panggung wayang.

#11: Wang Tunai Tambahan

Selagi anda dapat menguruskan pengajian anda, kerja sambilan adalah cara yang baik untuk mendapatkan sedikit wang perbelanjaan tambahan. Tolak ketepi tentang keseronakan dahulu. Ini cara mudah untuk dapatkan wang tunai tambahan.

#12: Bijak Berniaga

Jual semula buku-buku / nota – nota yang anda telah gunakan pada akhir semester, ianya boleh menjana sedikit wang tambahan.

Comments

comments