Jimatkan masa dan duit bila berurusan dengan ejen hartanah berpandukan tips ini

0
890

1. Baca hingga faham iklan rumah tersebut tentang saiz, bilik, pegangan hartanah dan harga. Selagi tak faham, baca lagi hingga pandai.

2. Semak status tarikh iklan tersebut, jika iklan dah lama mungkin dah terjual atau naik harga. Baca iklan 2013 memang murah giler.

3. Sila semak status perunding hartanah sama ada berdaftar atau tidak, ejen hartanah percubaan atau ejen hartanah. Biasanya dipaparkan no ejen bersama iklan tersebut.

4. Sebelum hubungi ejen hartanah pastikan kita menulis atas kertas maklumat berikut ;

+ Gaji Bersih dari kotoran degil

+ Komitmen Hutang Bulanan kita

+ Prestasi bayaran kita secantik Nelofah atau tidak

+ Nak buat pinjaman atau beli tunai

+ Pembiayaan Kerajaan atau Swasta, lebih cantik jika kita dah semak kelayakkan kita dengan bank.

+ Cadangan nak letak nama siapa dalam S&P.

+ Jangan sembunyi atau tipu kelayakkan gaji, ia membuang masa anda dan ejen nanti.

Cari ejen jelita atau kacak dalam bekerja. Kita selesa bila berurusan dengan mereka.

Sumber: Facebook

Sumber gambar

 

Comments

comments